Lama betul cherry tak makan nasi lemak. Maklumle, aritu dah kene tegur ngan dietician sbb berat badan cherry naik, so nak tak nak, tepaksala lupakan hasrat nak makan nasi lemak pepagi (azam hgga disember je sbb disember nnt cherry ada appointment ngn dietician lg, pas appointment kompem cherry pi beli, huhu..)...
Bercerita pasal nasi lemak, cherry suka makan nasi lemak berlaukkan sambal sotong (walaupun hakikatnye cherry allergic seafood, huhu..)...Ni skang ni en tomato plak dah terikut selera cherry.
Pantang ada beli sotong, banyak kali die akan pesan jgn lupa masakkan die sambal sotong & die x kesah mkn sambal sotong selalu, itu yg cherry kalo beli sotong terpaksa beli beberapa kilo walaupun sebenarnye tok 2 orang je makan sebab en tomato akan jadi dinasour bile jmp sambal sotong, huhu...
Tips untuk masak sambal sotong yg sedap adalah antaranya perlu masakkan sambal bersama sotong sampai air sotong tu betul2 kering. Bila dimasak sotong akan keluarkan air, jadi kene masak sambal bersama sotong dengan api sederhana/kecil sampailah air sotong tu jadi kering & sambal memekat. Di sini cherry kongsikan resepinya untuk tatapan rakan2 di luar sana...
Bahan-bahan: (hidangan 2-3 orang)
- 15-20 ekor sotong bersaiz besar (dibersihkan & dipotong mengikut saiz yg disukai)
- 15 tangkai cili kering (dibersihkan, dibuang biji, direbus & dikisar)
- 4 biji bawang kecil (kisar)
- 3 biji bawang putih (kisar)
- 1 inci halia (kisar)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 batang serai (dititik)
- 1 1/2 sudu pes asam jawa (cherry guna jenama adabi)
- Minyak untuk menumis.
- Garam, gula dan bahan perasa.
Cara penyediaan:
- Tumis bahan kisar serta bawang yang dihiris di dalam kuali sehingga kekuningan. Masukkan serai yang dititik. Tumis sebentar sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
- Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
- Masukkan sotong dan kacau rata. Biarkan masak di atas kuali sehingga air sotong mengering dan sambal memekat.
- Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment