Saturday 13 October 2012

Hati Lembu Masak Kicap


Bahan-bahan : (hidangan 2-3 orang)
  • 400 gram hati lembu (dipotong kecil)
  • Kunyit serbuk
  • 3 biji kentang (dipotong kecil)
  • 3 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • 5 sudu kicap manis
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula

Cara penyediaan :
  1.  Goreng kentang separuh masak, angkat.
  2. Gaulkan hati dengan garam dan kunyit dan goreng garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar bawang dan halia dan tumiskan bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga di dalam kuali hingga kekuningan.
  4. Masukkan cili padi yang ditumbuk dan goreng hingga cili garing.
  5. Masukkan kicap, kentang dan 1/2 cawan air bersama hati yang telah digoreng.
  6. Masak hingga kentang lembut.
  7. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba!

Thursday 11 October 2012

Mee Kung Fu / Mee Kantonis



Time study dulu saya jenis yang tak rajin masak. Since kedai-kedai makan ada kat bawah umah je, so bile nak makan tinggal turun bawah and order, hehe... Cerita pasal kedai makan, ada satu kedai tom yam tu memang port makan saya dan kawan-kawan lepas habis class. Makanan faveret kami kat kedai tu adalah kuey teow/mee kungfu. Sedap betul rasa die, tu yang asal pergi kedai tu mesti order benda yang sama, tapi tak tau kedai tu wujud lagi ke tak (kat sec. 7 shah alam), maklumlah, dah lama saya tak pergi sana... 
Oleh sebab rindu nak makan kuey teow/mee kungfu, malam tadi saya pun dengan semangatnya prepare resipi tersebut untuk suami. Kuey teow/mee kungfu ni sedap letak seafood sebab kuah dia akan jadi lebih manis, tapi sebab saya allergic kat seafood and doktor dah tak benarkan saya makan, so saya cuma letak daging ayam je dalam resipi saya ni (skali skala langgar pantang gak, hehe.....

Tuesday 9 October 2012

Ayam Goreng Berlada


Salam

Apa khabar rakan-rakan di luar sana? Nak dekat seminggu lebih cherry tak post kat blog ni. Cherry tak berapa sihat beberapa hari lepas, badan rasa lemah je, agaknye sebab kepenatan kot. Tapi alhamdulillah, hari ni cherry dah rasa sehat sikit.

Sepanjang cherry tak sihat ni, en. tomato terpaksalah masak sendiri. Ni bila badan dah sehat sikit, bolehlah cherry masakkan untuk en. tomato semula. Maklumlah, time cherry tak sihat hari tu, baik betul en tomato jaga cherry, serba-serbi dia siapkan, cherry cuma berehat aje, kesian dia...

Time tak sehat hari tu, cherry cuma makan sup je, bila badan dah ok ni, tekak terasa nak makan masakan pedas pulak. Dah namanya lidah orang Melayu, mesti nak makan benda yang pedas and spicy gak baru sedap ;) Disebabkan itulah, balik keje tadi cherry masakkan ayam goreng berlada tok menu dinner cherry and en. tomato malam ni, rasa nikmat betul selepas beberapa kena hari makan lauk tak dek rasa pedas, hehe...