Time study dulu saya jenis yang tak rajin masak. Since kedai-kedai makan ada kat bawah umah je, so bile nak makan tinggal turun bawah and order, hehe... Cerita pasal kedai makan, ada satu kedai tom yam tu memang port makan saya dan kawan-kawan lepas habis class. Makanan faveret kami kat kedai tu adalah kuey teow/mee kungfu. Sedap betul rasa die, tu yang asal pergi kedai tu mesti order benda yang sama, tapi tak tau kedai tu wujud lagi ke tak (kat sec. 7 shah alam), maklumlah, dah lama saya tak pergi sana...
Oleh sebab rindu nak makan kuey teow/mee kungfu, malam tadi saya pun dengan semangatnya prepare resipi tersebut untuk suami. Kuey teow/mee kungfu ni sedap letak seafood sebab kuah dia akan jadi lebih manis, tapi sebab saya allergic kat seafood and doktor dah tak benarkan saya makan, so saya cuma letak daging ayam je dalam resipi saya ni (skali skala langgar pantang gak, hehe.....
- 1 bungkus mee kuning
- 4 biji telur (dipukul)
- 3 keping dada ayam (dihiris kecil)
- 4 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang kecil
- 2 inci halia
- 80 gm bunga kobis (dipotong kecil)
- 80 gm carrot (dipotong kecil dan memanjang)
- 4 tangkai jagung kecil (dihiris menyerong)
- 1 biji tomato (dipotong kecil)
- 4/5 tangkai cili padi (diketuk)
- 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
- 3 cawan air
- 1 kiub ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar lada sulah
- garam
- minyak
- bawang goreng dan daun sup (optional)
Cara penyediaan :
Mee
Celurkan mee dengan air panas, toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali/non-stick pan. (Jangan letak terlalu banyak minyak, cukup sekadar separuh dari bahagian mee yang digoreng tenggelam)
Celup mee ke dalam bancuhan telur dan ambil segenggam mee dan masukkan ke dalam kuali/non-stick pan. Bentukkan mee di dalam kuali/non-stick pan tersebut kepada bentuk segi empat (jika mahu). Masak hingga mee kekuningan dan balikkan. Masak lagi hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Ulang semula langkah di atas sehingga mee habis.
Kuah
- Kisar bawang dan halia dan kemudian tumiskan di dalam periuk. Masukkan 3 cawan air dan kiub pati ayam, sos tiram dan lada sulah dan dikacau rata.
- Masukkan hirisan ayam dan masak selama beberapa minit.
- Masukkan cili padi, carrot, bunga kubis dan jagung dan dimasak hingga lembut.
- Masukkan tomato serta tepung jagung serta garam dan kacau sehingga kuah memekat.
- Tuang kuah ke atas mee yang telah digoreng tadi dan bolahlah ditaburkan bawang goreng dan daun sup jika mahu.
- Boleh dimakan bersama sambal kicap dan cili jeruk. Selamat mencuba!
mlm ni jugak sy gi msk ;)
ReplyDelete