Tuesday 9 October 2012

Ayam Goreng Berlada


Salam

Apa khabar rakan-rakan di luar sana? Nak dekat seminggu lebih cherry tak post kat blog ni. Cherry tak berapa sihat beberapa hari lepas, badan rasa lemah je, agaknye sebab kepenatan kot. Tapi alhamdulillah, hari ni cherry dah rasa sehat sikit.

Sepanjang cherry tak sihat ni, en. tomato terpaksalah masak sendiri. Ni bila badan dah sehat sikit, bolehlah cherry masakkan untuk en. tomato semula. Maklumlah, time cherry tak sihat hari tu, baik betul en tomato jaga cherry, serba-serbi dia siapkan, cherry cuma berehat aje, kesian dia...

Time tak sehat hari tu, cherry cuma makan sup je, bila badan dah ok ni, tekak terasa nak makan masakan pedas pulak. Dah namanya lidah orang Melayu, mesti nak makan benda yang pedas and spicy gak baru sedap ;) Disebabkan itulah, balik keje tadi cherry masakkan ayam goreng berlada tok menu dinner cherry and en. tomato malam ni, rasa nikmat betul selepas beberapa kena hari makan lauk tak dek rasa pedas, hehe...
 
Bahan-bahan : (hidangan 2-3 orang)
  • 3/4 ketul ayam saiz sederhana (mana-mana bahagian)
  • 5 tangkai lada besar merah
  • 5/6 tangkai cili padi merah
  • 3 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu cuka masakan
  • Kunyit sebuk
  • Garam dan gula
  • Minyak masak

Cara penyediaan :
  1. Ayam digaul dengan sedikit garam dan kunyit dan kemudian digoreng garing.
  2. Kisar cili merah dan cili padi (jangan terlalu halus). Ketepikan
  3. Tumbuk/kisar bawang serta halia. Tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk/dikisar tadi bersama serai di dalam kuali hingga garing.
  4. Masukkan lada besar dan cili padi yang telah dikisar tadi. Masak hingga garing dan masukkan cuka masakan. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula serta sedikit air jika kuah terlalu pekat. Kacau hingga kuah memekat dan tuutp api. Bolehlah dihidangkan !

No comments:

Post a Comment