Salam
Mohon maaf sebab last week cherry tak sempat nak buat apa-apa entry sebab cherry kene gi outstation. Ni pun cherry baru balik dari taiping dan badan rasa tak berasa sedap, mungkin nak demam kot. Inilah akibatnya sbb asek fikirkan keje dan tak jaga kesihatan, huhu...
Last week cherry masakkan nasi ayam untuk en tomato, hari ni baru sempat nak update. Di sini cherry kongsikan resipi nasi ayam cherry yang amat mudah disediakan, diharap rakan-rakan di luar sana sudi mencubanya.
Bahan nasi : (hidangan 3-4 orang)
2 cawan beras (dicuci dan ditoskan)
3 sudu besar majerin/butter
1 helai daun pandan (disimpul)
3 sudu besar majerin/butter
1 helai daun pandan (disimpul)
2 batang serai (dititik)
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci halia
2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Bahan sup ayam :
Garam secukup rasa
Bahan sup ayam :
1 ekor ayam sederhana besar
2 mangkuk air
1 inci halia(hiris/tumbuk)
4 ulas bawang putih (hiris/tumbuk)
4 biji bawang merah kecil hiris/tumbuk)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
1 peket perencah sup adabi
1 camca teh lada hitam (tumbuk)
Garam secukup rasa
Bahan Sos Cili :
6-7 biji cili merah
3 biji cili padi merah (optional)
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit lemak ayam (dari ayam yg direbus)
Sedikit cuka/air perahan limau
Bahan Sos Kicap :
7-8 biji cili api (boleh tambah jika nak lebih pedas)
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar bawang goreng
Suku cawan air rebusan/sup ayam
Sedikit garam dan gula
Bahan Perap Ayam :
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
Bahan hiasan:
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Cara membuatnya :
- Nasi ayam: Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan kiub pati ayam. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama lebih kurang 1 ke 2 minit. Pindahkan beras ke dalam rice cooker dan tambah air biasa ataupun jika mahu, stok ayam (lihat resipi di bawah) serta sedikit garam. Gaul rata dan masak nasi seperti biasa. Selepas nasi masak, kacaukan sedikit kemudian tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
- Ayam madu: Potong ayam (ayam ini perlu direbus terlebih dahulu dengan sup-sila lihat resipi di bawah) dalam saiz sederhana kemudian dilumur dengan bahan perap. Perap ayan di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum digoreng.
- Sup Ayam :- Potong ayam kepada 4 bahagian. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian tumis bawang dan halia hingga kekuningan. Tuang air dan masukkan serbuk sup, ayam, kentang dan lada hitam. Masak hingga mendidih kemudian masukkan lobak merah. Masak dengan api sederhana selama 30 minit dan masukkan garam. Keluarkan ayam tadi dan sejukkan. Asingkan sedikit sup ayam ini untuk digunakan memasak nasi ayam dan sos cili halia. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. *Ketepikan sedikit lemak untuk dimasukkan ke dalam sos cili
- Sos Cili :- Cili merah, cipi padi, bawang, halia, lemak ayam & air perahan limau/cuka dikisar dengan blender. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan stok ayam. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat.
- Sos Kicap : Gabungkan semua bahan di dalam blender, dan blend hingga cili dan bawang goreng lumat.
Sedap ke dik tambah lemak ayam kat dalam sos cili? Kak zaharah tak pernah rasa pulak yang campur lemak ayam
ReplyDeleteSedap kak, rasa lemak & manis
ReplyDelete