Thursday, 11 July 2013

Ungkep Ayam Istimewa


asa.karangkraf.com/resipi-menu/ayam/ayam-masak-ungkep-1.48054


Cherry ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf andainya sepanjang berblog ni chery ada terkasar bahasa dengan rakan-rakan semua. Cherry juga ingin ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, semoga puasa kita diberkati hendaknya, amin.

Bercerita pasal bulan ramadhan, semalam Cherry berterawih dlm flight, huhuhu.. Oleh kerana sampai umah pun dah lewat mlm, jd Cherry tak larat nak masak ape2 lauk special tok en. tomato bersahur (sahur nasi goreng je kami). Jadi tok berbuka hari ni, Cherry masakkan en. tomato makanan yg spesel sikit tok ganti sahur semalam, iaitu ungkep ayam. Resipi ni cherry belajar dari mak cherry dah lama dah tp tak berkesempatan nak share dgn rakan-rakan. Jadi di sini Cherry kongsikan resipinya ye..

 Ungkep Ayam (untuk 2-3 orang)

Bahan-bahan:
  • 500-600 gram ayam (dipotong sederhana besar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam
  • Air secukupnya
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris) - optional
  • 2 biji bawang besar dihiris tebal - optional

Bahan kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 10 tangkai cili kering (dibersihkan dan direbus terlebih dahulu)
  • 5 biji cili padi merah (optional)
  • 1 camca teh ketumbar*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan putih* 

Cara memasak :
  1. Ayam dibersih dan ditoskan.
  2. Sangai ketumbar, jintan putih & jintan masih sehingga kekuningan di dalam kuali dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan sangai bersama bahan-bahan untuk kisar ke dalam blender dan blender sehingga halus.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, kemudian masukkan serai, cili hijau hiris dan bawang besar hiris. Kacau rata sehingga naik minyak dan masukkan ayam.
  5. Gaul rata sehingga ayam sedikit empuk.
  6. Setelah beberapa minit, masukkan asam gelugor, gula serta garam secukup rasa.
  7. Masak dengan api sederhana hingga kering sedikit. (Boleh ditambah sedikit air jika mahu berkuah). Bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba!!

5 comments:

  1. Rajin betul kak cherry, keje pown masih sempat masak mcm2..

    ReplyDelete
  2. Makan luar bebulan pose ni penuh memanjang, lebih baik mkn kat rumah,selesa sikit. Tu yg Kak Cherry cari gak masa utk masak tu Farah...

    ReplyDelete
  3. msk dgn ikan buleh ke kak?

    ReplyDelete
  4. Lily : bole je lily, sedap sbnanya kalau dimasak dgn ikan. kak Cherry biasa msk dgn ikan bawal or cencaru...

    Kak zaharah : welcome kak

    ReplyDelete