Sunday, 3 November 2013

Hotel Ixora Butterworth

Kalau pegi butterworth, cherry biasanya akan stay kat hotel ixora ataupun hotel sunway sebab senang nak makan dan shopping ;). Last week kebetulan cherry ada urusan keje kat butterworth 3 hari so cherry stay kat ixora. 

Hotel ixora ni kat main road and bersebelahan dengan shopping complex, jadi tak susah nak cari bagi yang tak pernah sampai kat sana. Cherry suka duduk hotel ixora ni sebab lokasi yang strategik, bilik yang selesa dan sarapan dia pun not bad.

Bilik die sederhana besar, selesa untuk stay 2 orang. Kalau nak buat kerja atau membaca ada meja study ataupun sofa disediakan.  Internet connection dia pun agak laju (berbanding hotel lain) jadi tak ada masalah nak browse internet ataupun buat kerja.

Makanan dalam mini fridge percuma jadi boleh makan & minum sesuka hati. Since cherry stay selama 3 hari, so setiap hari diorang akan isi mini fridge dengan air & makanan. So cherry sambil wat keje sambil menguyah, hu2...
Kalau stay kat hotel ni tak susah nak tapau makanan sebab bersebelahan hotel ada shopping complex. Setakat nak makan fast food memang tak ada masalah. pasaraya pun ada dalam shopping complex tu. Cuma kalau nak makan mamak atau makanan penang agak jauh sikit, terpaksa bawak kereta.

Walaupun hotel ni x ada jacuzi tapi shower dia ada dua (2) jenis pancuran jadi memang selesa and kalau stay kat ixora, pepagi mata cherry dah celik sebab tak sabar nak pi breakfast. Cherry suka breakfast kat ixora ni sebab walaupun pilihan makanan dia tak banyak tapi makanan yang disediakan ada sedikit kelainan berbanding breakfast kat hotel lain. Contohnya, kat ixora ni ada disediakan ayam pandan untuk breakfast dan juga sotong celup tepung.

Jadi kalau kawan-kawan kebetulan ada bertandang ke butetrworth, bolehla cuba stay kat hotel ixora ni ye...

No comments:

Post a Comment