Sunday, 30 September 2012

Rendang Daging Hijau


Bahan-bahan : (hidangan untuk 2-3 orang)
  • 300 gram daging (dihiris)
  • 15-20 tangkai cili api hijau
  • 6-7 batang serai (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kuyit (dihiris halus)
  • 1 mangkuk santan
  • 1 keping asam
  • Garam dan gula
  • Minyak

Cara penyediaan:
  1. Kisar serai, bawang, halia, kunyit dan cili api hijau. Tumis hingga kekuningan. 
  2. Masukkan daging, daun limau purut dan daun kunyit dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan santan dan asam dan kacau hingga kuah memekat.
  4. Masukkan garam perasa dan gaul rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkanbersama nasi putih atau nasi himpit.

2 comments:

  1. akak biasa guna cili besar, maklumlah umur dah lanjut, perut tak berapa tahan dgn cili padi

    ReplyDelete
  2. cili besar pn boleh gak guna tok digantikn dgn cili padi, tp kurang kick la kak zaharah, hehe

    ReplyDelete