Sunday, 29 July 2012

Bazar Ramadan Bangi

 Lauk-pauk

 Assalamualaikum

Semalam lepas siap masak (Crispy Chicken with Sweet & Sour Sauce), saya ajak suami pegi bazar Ramadan di Bangi. Ikut pengalaman tahun-tahun sebelum ni, bazar Ramadan di Bangi ni ada lebih banyak pilihan makanan jika nak dibandingkan dengan bazar di Putrajaya dan harga pun lebih berpatutan.

 Since hari sabtu, so bazar Ramadan kat Bangi ni die combine sekali dengan pasar malam. Yang saya perasan, banyak gerai jual kain baju dan tudung je (mungkin sebab gabung dengan pasar malam), gerai jual makanan agak kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jenuh jugakla pusing satu bazar tu mencari kuih feveret suami (kuih kole kacang) sebab tak banyak pilihan gerai yang menjual kuih muih. Saya dan suami tak beli banyak pun sebab memikirkan kat umah dah siap masak, cuma beli kuih muih dan beberapa makanan sampingan yang lain untuk buat tambahan makanan berbuka. 

Lepas berbuka, suami cakap kuih-muih tu tak berapa sedap lebih baik buat sendiri. Nampaknya lepas ni saya kene rajinkan diri belajar membuat kuih-muih. Itulah, dulu sebelum kahwin tak nak belajar rajin-rajin dari mak, hehe...

Bazar Ramadhan Bangi
Air dan kepak ayam madu
Bazar Ramadhan Bangi
Ayam percik


No comments:

Post a Comment