Ehsan www.food.com |
Resipi ni saya dapat dari www.food.com tapi saya sesuaikan dengan selera suami yang suka makanan pedas dan manis.
Bahan-bahan:
Bahan untuk ayam
400 gram dada ayam (dipotong sederhana dan memanjang)
2 biji telur gred sederhana
2 sudu besar air
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 1/2 cawan tepung serbaguna/gandum
11/2 cawan serbuk roti
Garam
Bahan untuk sos
*4 biji bawang kecil
*2 biji bawang putih
*2 cm halia
4/5 sudu besar sos plum
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
1/2 cawan air
Garam
Minyak untuk menggoreng
* Bahan-bahan untuk dikisar
Cara-cara penyediaan:
- Gaulkan ayam dengan lada hitam dan garam. Kemudian pukul telur bersama 2 sudu besar air.
- Masukkan tepung serbaguna dan serbuk roti, setiap satu ke dalam bekas/pinggan leper. Salut kepingan dada ayam di dalam tepung serbaguna hingga rata dan kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Kemudian, masukkan kepingan ayam tersebut ke dalam bekas serbuk roti dan salut sekeliling ayam tersebut hingga rata. Ketepikan. Ulang langkah ini sehingga semua kepingan ayam siap bersalut.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api yang besar tetapi pastikan tidak terlalu panas. Masukkan kepingan ayam yang telah bersalut tadi satu persatu. Kecilkan api ke tahap sederhana (medium heat) dan goreng sehingga garing dan balikkan (lebih kurang 4 minit untuk setiap bahagian).
- Untuk sos pula, tumis bahan kisar bersama minyak sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyak. Kemudian masukkan sos plum, sos cili, sos tomato dan kicap cair serta 1/2 cawan air dan garam dan kacau hingga pekat dan mendidih. Tutupkan api.
- Susun ayam yang telah siap digoreng di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya. Sedia untuk dimakan.
* Tips: Sekiranya suka kuah yang pekat, boleh juga masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air
menarik resipi nora cherry ni, bole dicuba ni, tq sudi share k
ReplyDeleteselain plum sauce boleh guna sauce lain ke dik? sedap akak nengok resipi ni
ReplyDeleteanak desa: tq :)
ReplyDeletekak zaharah: mungkin boleh digantikan dgn pineapple juice ataupun sos cili thai jika suka rasa pedas. Tapi jika guna sos thai akak jgn lupa tambahkan sedikit gula ye utk seimbangkan rasa pedas tu.