Tuesday 31 July 2012

Kuih Kasturi

TomatoCherryBlogspot

Assalamualaikum...

Lepas terkilan makan kuih yang tak berapa nak ada rasa yang dibeli di bazar Ramadan sabtu lalu, semalam saya pun decide buat kuih kasturi untuk berbuka (ada juga juga yang panggil kuih kacang hijau).

Di sini saya sertakan resipi kuih kasturi yang saya sediakan

Bahan-bahan:

Inti:

2 cawan kacang hijau (direndam semalaman)
Setengah cawan gula pasir
30 gm kelapa parut
20 gm tepung gandum

Bahan bancuhan:

90 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
100-120 ml air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan dan toskan kacang hijau yang telah direndam semalaman. Rebus kacang hijau tersebut bersama air di dalam periuk sehingga hancur. 
  2. Tutup api dan tapis kacang hijau bagi membuang lebihan air.
  3. Tuang semula kacang hijau yang telah ditapis tersebut ke dalam periuk dan masukkan gula, kepala parut dan tepung gandum. Kacau dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati dan kacang hijau menjadi likat.
  4. Angkat dan sejukkan kacang hijau sebelum dibentukkan (bentuk menjadi bola dan kemudian tekan sedikit sehingga menjadi bentuk leper)
  5. Untuk tepung menggoreng, satukan semua bahan bancuhan. 
  6. Panaskan minyak, celupkan kacang hijau yang telah dibentuk tadi satu persatu ke dalam bancuhan tepung dan bolehlah terus digoreng dengan api sederhana. 
  7. Goreng sehingga keemasan dan bolehlah dihidangkan.

* Tips: Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair bagi mengelakkan tepung menjadi tidak melekat semasa menggoreng




4 comments:

  1. Setiap kali buat kuih kacang ni mst ada yg hancur sbb adunan kacang lembik, dah letak tepung gandum pun masih lembik lagi. Saya tengok nora cherry punya kuih elok je berbentuk

    ReplyDelete
  2. slalu terkena terpaksa makan kuih kasturi inti keras bila beli di kedai, memang memadamkan selera betol....

    ReplyDelete
  3. Saya biasanya akan simpan dalam inti dalam fridge semalaman, jadi bila nak masak keesokan hari inti dah keras sedikit & tak pecah bila dibentuk & dimasak. Tapi kalau masih juga lembik, mungkin masa masak inti boleh lebihkan sedikit masuk tepung gandum ke dalam inti

    ReplyDelete
  4. * maksud saya simpan inti dalam fridge, maaf tersilap taip ye...

    ReplyDelete