Tahun pertama berpuasa dengan suami, saya cuba sedaya upaya menyediakan makanan kegemaran beliau. Nasib baik suami tak berapa cerewet dan suruh saya sediakan juadah berbuka yang simple sahaja. Semalam saya masakkan Nasi Lemak Daun Pisang dan Sambal Bilis bersama Kari Ayam untuk suami, berselera betul dia makan. Di sini saya sertakan resipi nasi lemak dan sambal bilis untuk rakan-rakan semua, diharap sudi mencubanya ye!
Nasi Lemak Daun Pisang dan Sambal Bilis
Bahan-bahan: (Untuk hidangan 3-4 orang)
Nasi Lemak:
3 cawan beras (dicuci & ditoskan)
3 cawan beras (dicuci & ditoskan)
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
3-4 hiris halia
3 cawan air
2-3 helai daun pandan (dibersih & disimpulkan)
1/2 helai daun pisang
Bahan-bahan lain:
3 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dibelah dua)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal, menyerong)
80 gm kacang tanah (direndam dan kemudian digoreng)
80 gm ikan bilis saiz sederhana (digoreng)
Bahan Sambal:
150 gm ikan bilis (disiang, direndam & ditoskan)
2/3 biji bawang besar (dihiris)
*7 ulas bawang merah kecil (dikisar)
*4 ulas bawang putih (dikisar)
*4 cm halia (dikisar)
70 gm lada kering (direbus & ditoskan)
70 gm lada kering (direbus & ditoskan)
4 cm belacan (dibakar)
Gula, Garam & serbuk perasa secukup rasa
Setengah cawan air asam jawa pekat
Setengah cawan air asam jawa pekat
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Untuk nasi, masukkan beras, santan, air, halia, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi/rice cooker dan gaul rata sebelum dimasak dengan api yang kecil.
- Untuk sambal, kisar lada kering bersama separuh dari ikan bilis. Separuh lagi ikan bilis digoreng separuh masak, diangkat dan ditoskan.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar (bawang merah kecil, bawang putih dan halia). Setelah naik bau, masukkan bawang besar yang dihiris dan masak hingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar, tumis dengan api sederhana dan kacau sekata hingga naik minyak.
- Setelah naik minyak, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi, air asam jawa, gula , belacan bakar, dan ikan bilis. Masak sehingga pekat (20-30 minit) dengan api kecil. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa, kacau rata dan tutupkan api.
- Daun pisang dilap dengan kain lembap. Setelah kering, potong kepada bentuk empat segi (saiz mengikut kesukaan sendiri, tapi jangan terlalu kecil untuk mudah membungkus) dan dilayur sebentar di atas api sederhana. Ini bagi memudahkan daun pisang dilipat dan dibentuk.
- Setelah nasi dan sambal masak, cedukkan 1 mangkuk kecil nasi ke dalam daun pisang dan curahkan sambal ke atas nasi. Masukkan juga telur rebus, ikan bilis goreng, kacang tanah dan timun dan bungkus rapi. Siap untuk dimakan!
bulan-bulan puasa ni , terliur tengok nasi lemak yang menyelerakan, lebih-lebih lagi part sambal...
ReplyDeleteberbuka nasi lemak pun sedap jugak petang ni... :)
ReplyDeletetapi nak carik nasi lemak daun pisang kat bazar mane nak dapat, mintak kak cherry masakkan je la ye, hehehe
Deleteanakdesa: memang betul, makan dengan sambal kosong pun dah sedap, kalau dengan ayam berempah lagila terangkat :)
ReplyDeletezara: susah nak cari yang ada daun pisang kalau di bazar ramadhan, lebih baik buat sendiri, lebih puas hati, ye tak?
yela kak, buat sendiri lebih puas hati dan lebih terjamin kebersihannya
ReplyDelete