Tuesday, 20 August 2013

Salam Aidil Fitri


Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya maaf zahir & batin......

Di kesempatan ini, Cherry ingin mengucapkan....


Tuesday, 6 August 2013

Sotong goreng kunyit bersama cendawan



Dah hujung2 puasa ni rasa macam malas betul nak masak, tapi nak makan luar lagilah malas sebab sesak, huhu...

Untuk berbuka hari ni Cherry masak sotong kunyit dengan cendawan then kawankan dengan sup sayur. En. Tomato langsung tak sentuh sup sayur, dia makan sotong je... susah betul nak pujuk die makan sayur, itu yang dia mudah sakit agaknye sbb kekurangan vitamin... Cherry pulak allergic seafood, kalau makan seafood mesti naik ruam merah kat badan and tergaru2. Tapi degil gak, masih gak nak beli seafood kalau pi pasaraya, huhuhu... Di sini Cherry kongsikan resipi sotong goreng kunyit bersama cendawan

Saturday, 3 August 2013

Udang Harimau Masak Kari


Salam

Dah masuk minggu akhir kita berpuasa, laju betul masa berlalu. Cherry jarang dapat berbuka dengan en Tomato puasa kali ni sebab kene outstation. En. Tomato pun sama, time bulan puasa ni banyak pulak projek yang jauh2 nak disettlekan.

Selalunya bila Cherry kene pi outstation, Cherry akan masakkan lauk lebih untuk en. Tomato supaya boleh makan untuk beberapa kali, termasuk sahur. Bukan apa, en. Tomato tak berapa gemar makan di luar, nak pi bazar ramadan pun payah, tu yang Cherry akan siapkan awal2 lauk untuk dia.

Esok kebetulan Cherry kene pi Kota Bharu, jadi untuk berbuka tadi Cherry masakkan lauk udang kari untuk en. Tomato berbuka & bersahur time Cherry tak ada. Sedap betul rasa karinya bila dah dicampur dengan udang, terasa manis udang tu menyerap dalam kuah kari. Dan yang paling penting, Cherry tak gunakan santan dalam kari ni untuk pastikan kuah kari tahan lama & untuk kesihatan. Cherry gantikan santan dengan tomato kisar. Since dah guna tomato kisar, asam jawa pun Cherry tak perlu letak lagi. Di sini Cherry kongsikan resipinya...

Wednesday, 31 July 2013

Telur bistik


Dulu time student Cherry rajin pi makan satu kedai ni kat area sec. 8 s.alam. Hampir tiap minggu Cherry pi makan sane, terutama waktu malam sbb teringin nak makan makanan goreng2, nak buat sendiri malas, huhu...

Kalo time order nasi putih, antara lauk yang Cherry rajin order adalah tom yam, sotong goreng tepung atau telur bistik & 1 menu sayur (orang kuat makan lah katakan, hehe). Bila dah kahwin ni, Cherry lah pulak sekarang dah bukak kedai makan, tapi kat umah sendiri je lah kan, tu pun amek order dari suami je, hehe...

Since dah lama tak makan telur bistik, so Cherry pun try la masak telur bistik untuk berbuka semalam. Alhamdulillah, cubaan kali pertama Cherry boleh dimakan oleh en. Tomato, dia siap bertambah nasi lagi,hehe.. Di sini Cherry kongsikan resipinya...

Sunday, 28 July 2013

Ketam Masak lemak Cili Padi



Ketam antara seafood feveret en Tomato.  Since dah lama tak masak, tu yang untuk berbuka arini Cherry masakkan ketam masak lemak cili padi untuk en. Tomato. 

Masak lemak cili padi sedap kalau kuahnya pekat, barulah terasa lemaknya. Tapi oleh kerana minggu ni dah beberapa kali gak Cherry masak makanan bersantan, jadi Cherry kurangkan jumlah santan yang Cherry guna untuk masak ketam lemak ni.