Sunday, 28 July 2013

Ketam Masak lemak Cili Padi



Ketam antara seafood feveret en Tomato.  Since dah lama tak masak, tu yang untuk berbuka arini Cherry masakkan ketam masak lemak cili padi untuk en. Tomato. 

Masak lemak cili padi sedap kalau kuahnya pekat, barulah terasa lemaknya. Tapi oleh kerana minggu ni dah beberapa kali gak Cherry masak makanan bersantan, jadi Cherry kurangkan jumlah santan yang Cherry guna untuk masak ketam lemak ni.


Bahan-bahan untuk ketam masak lemak cili padi (2-3 orang):
  •   4-5 ekor ketam (dibersihkan & dibelah dua)
  • 15-20 biji cili api(cili guna cili padi hijau)
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun kunyit (dipotong/dihiris)
  • 250ml santan pekat (Cherry tak letak atas sebab yg dinyatakan kat atas)
  • 250ml santan cair
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 sudu teh serbuk kuyit 
  • Garam dan ajinamoto secukup rasa
  • Sedikit air (Cherry letak dalam setengah cawan kecil)

Cara memasak:

  1. Bawang, halia, kuyit dan cili padi ditumbuk lumat.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk di dalam minyak yang dipanaskan. Setelah sedikit garing, masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
  3. Masukkan serai, santan cair dan sedikit air dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ketam dan asam gelugor dan masak sehingga warna ketam bertukar kemerahan.
  5. Kemudian masukkan santan pekat (Cherry tak masukkan), garam, ajinamoto dan daun kunyit, gaul rata.
  6. Masukkan bahan perasa, kacau sebati sehingga mendidih.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!!!

1 comment: