Wednesday 31 July 2013

Telur bistik


Dulu time student Cherry rajin pi makan satu kedai ni kat area sec. 8 s.alam. Hampir tiap minggu Cherry pi makan sane, terutama waktu malam sbb teringin nak makan makanan goreng2, nak buat sendiri malas, huhu...

Kalo time order nasi putih, antara lauk yang Cherry rajin order adalah tom yam, sotong goreng tepung atau telur bistik & 1 menu sayur (orang kuat makan lah katakan, hehe). Bila dah kahwin ni, Cherry lah pulak sekarang dah bukak kedai makan, tapi kat umah sendiri je lah kan, tu pun amek order dari suami je, hehe...

Since dah lama tak makan telur bistik, so Cherry pun try la masak telur bistik untuk berbuka semalam. Alhamdulillah, cubaan kali pertama Cherry boleh dimakan oleh en. Tomato, dia siap bertambah nasi lagi,hehe.. Di sini Cherry kongsikan resipinya...

Bahan-bahan: (2-3 orang)
  •  Suku cawan daging ayam (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dihiris/didadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)
  • 5-6 biji cili padi (dihiris)
  • Cili merah (dihiris)
  • 2-3 sudu sayur campur beku
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos plum (optional)
  • 1 sudu teh kicap manis
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limat purut (optional)
  • 3 telur
  • 1 camca besar mayonis (optional)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  •  Minyak
  • Garam & gula
  • Sedikit air
Cara penyediaan:
  1. Tumis ayam dan sayur campur di dalam minyak sehingga separuh empuk.Angkat dan ketepikan.
  2. Pukul telur bersama  mayonis dan serbuk lada hitam. setelah telur kembang, masukkan ayam dan sayur yang telah ditumis sebentar tadi.
  3. Goreng telur tersebut bersama minyak sehingga garing (pastikan minyak di dalam kuali jangan terlalu banyak), angkat dan toskan dan letakkan di dalam pinggan.
  4. Dalam kuali yang sama, tumis bawang, halia, daun limau purut & serai sehingga kekuningan kemudian masukkan cili kisar. 
  5. Masak sehingga naik minyak dan kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos plum, kicap manis serta cili hiris. 
  6. Gaul sebati dan tambahkan sedikit air sekiranya kuah terlampau pekat.
  7. Masukkan garam & gula dan kacau lagi sehingga mendapat kepekatan yang diingini. Tutup api.
  8. Tuangkan kuah tersebut di atas telur yang digoreng bersama ayam dan sayur tadi. Bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment