Wednesday, 1 August 2012

Kari Ayam Berempah

 Salam

Sebelum ni saya ada buat entry berkenaan penyediaan nasi lemak daun pisang bersama kari ayam. Time tu saya hanya sempat masukkan resipi nasi lemak dengan sambal bilis je, kari ayam tak sempat nak dimasukkan. Jadi di kesempatan kali ini, saya sertakan resipi kari ayam ala-ala india untuk dikongsi bersama rakan-rakan di luar sana. Selamat mencuba!

Resipi ini saya belajar dari one of my indian friend tapi saya sesuaikan dengan selera saya dan suami yang mempunyai tekak Melayu, hehe...

Bahan-bahan : ( Untuk hidangan 4-5 orang )

Bahan ayam
 
1/2 ekor ayam
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar yogurt perisa asli
1 sudu kecil rempah kunyit

Bahan Kari
 
4 sudu makan rempah kari daging (saya guna jenama Babas)
1/2 cawan air asam jawa (boleh juga guna asam keping)
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 biji bawang besar (dihiris)
1 btg kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1/4 cawan pati santan 
2 biji kentang/keledek (dibelah 4) 
1 tangkai daun kari (diceraikan dair tangkai dan dibersihkan)
Garam
1 sudu kecil gula
Minyak masak
Air secukupnya
Daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Perap ayam bersama serbuk cili, yogurt dan rempah kunyit selama beberapa jam (saya perap selama 6 jam)
  2. Rempah kari juga digaul bersama air asam jawa dan diperap untuk beberapa jam (saya perap selama 6 jam)
  3. Tumbuk/kisar halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah kecil. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar tersebut bersama minyak.
  4. Setelah bahan tumis kekuningan, masukkan daun kari dan hirisan bawang besar bersama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau sehingga hirisan bawang besar dan daun kari layu.
  5. Masukkan bancuhan rempah kari dan gaul dengan api yang sederhana. Kacau rempah tersebut sehingga pecah minyak sambil ditambah garam dan sedikit gula dan sedikit air jika terlalu kering. 
  6. Masukkan kentang dan kacau sehingga kentang menjadi separuh masak dengan api yang kecil. * (Tutupkan periuk agar kentang cepat masak tapi pastikan dikacau sekali sekala untuk mengelakkan rempah dari hangit. Tambah sedikit air jika terlalu kering.)
  7. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati dengan api sederhana.
  8. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan santan pekat dan air mengikut kepekatan yang disukai. Masukkan sedikit lagi garam sekiranya kurang masak sehingga kuah mendidih dan minyak timbul di permukaan.
  9. Tutup api dan bolehlah dihidang dengan ditabur daun ketumbar yang dihiris nipis di atasnya.

4 comments:

  1. tq for the recipe, memang sedap!!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mmg sedap, kalau tak nak buat ala-ala india pun tak pe, boleh guna resipi yang sama tp masak stail org melayu (tak perlu guna yogurt)

      Delete
  3. zara : terima kasih sebab sudi mencuba resipi kat blog akak ni, jemput cuba resipi-resipi yang lain ye

    ReplyDelete