Wednesday, 31 July 2013

Telur bistik


Dulu time student Cherry rajin pi makan satu kedai ni kat area sec. 8 s.alam. Hampir tiap minggu Cherry pi makan sane, terutama waktu malam sbb teringin nak makan makanan goreng2, nak buat sendiri malas, huhu...

Kalo time order nasi putih, antara lauk yang Cherry rajin order adalah tom yam, sotong goreng tepung atau telur bistik & 1 menu sayur (orang kuat makan lah katakan, hehe). Bila dah kahwin ni, Cherry lah pulak sekarang dah bukak kedai makan, tapi kat umah sendiri je lah kan, tu pun amek order dari suami je, hehe...

Since dah lama tak makan telur bistik, so Cherry pun try la masak telur bistik untuk berbuka semalam. Alhamdulillah, cubaan kali pertama Cherry boleh dimakan oleh en. Tomato, dia siap bertambah nasi lagi,hehe.. Di sini Cherry kongsikan resipinya...

Sunday, 28 July 2013

Ketam Masak lemak Cili Padi



Ketam antara seafood feveret en Tomato.  Since dah lama tak masak, tu yang untuk berbuka arini Cherry masakkan ketam masak lemak cili padi untuk en. Tomato. 

Masak lemak cili padi sedap kalau kuahnya pekat, barulah terasa lemaknya. Tapi oleh kerana minggu ni dah beberapa kali gak Cherry masak makanan bersantan, jadi Cherry kurangkan jumlah santan yang Cherry guna untuk masak ketam lemak ni.

Friday, 26 July 2013

Membeli-belah di Kota Kinabalu


Kebelakangan ni Cherry kerap jugak pi Sabah, tapi sumenye atas urusan keje, nak pi sendiri bebanyak kali manelah mampu kan.. 

Biasanya kalau di KK Cherry akan duduk Hotel Promende sebab harganya agak murah jika nak dibandingkan dengan Le Meridien... Hotel Promenade ni bilik die pun bersih & selesa. Breakfast die pun boleh tahan, banyak pilihan & boleh jalan kaki je kalau nak ke pasar basah dan pasar filipina (dalam 15 minit berjalan kaki). Tapi hotel promenade ni selalu penuh jadi kalau nak stay dekat sini Cherry nasihatkan supaya buat booking awal2... 

Bagi yang tak ada/bwk kereta tak jadi masalah kalau stay kat hotel ni sebab kalau nak makan ada food court di seberang jalan hotel tu dan juga ada mini shopping complex (lupa nama die) kat sebelah hotel. Kat mini shopping complex tu ada kfc & market... Jadi kalau nak makan atau beli barang utk makan insyallah mmg tak ada masalah...

Cherry akan ronda2 pasar Filipina & pasar basah hari yang Cherry nak balik ke KL sbb  tak perlu susah2 nak carik tempat simpan. Kalau di pasar Filipina & pasar basah ni make sure kita tawar dulu harga sebelum beli, kalau penjual tak nak turunkan harga tak pe, kita pergi tawar kat kedai lain plak sbb kebanyakan kedai jual barang yang hampir sama.Bagi yang suka makan lobster, ada pusat maritim KK berdekatan dengan pasar basah yang ada jual lobster (frozen) dgn harga berpatutan.

Bagi yang nak beli mutiara atau aksesori, Cherry nasihatkan lebih elok beli di kedai jamilah jewellery sbb kat sane lbh banyak pilihan & lbh murah berbanding di pasar filipina.. Kedai jamilah jewellery ni tak jauh dari pasar filipina & Cherry biasenye pi sane jalan kaki je dari hotel...

Tuesday, 23 July 2013

Sotong Katak Masak Kari



Kebetulan Cherry pi KK aritu jadi Cherry pun pegi ke pasar basah yang berdekatan area pasar Filipina untuk beli makanan laut. Kalau datang KK Cherry mesti singgah pasar basah ni & juga pusat maritim KK (tak jauh dari pasar basah) yang ada jual udang galah...

Sekotak besar Cherry memborong makanan laut, naik lenguh bahu... Antara yang Cherry borong adalah sotong katak. Sotong katak ni memang banyak dijual kat sabah. Rasa die lain berbanding sotong biasa, lebih kuat & bau pn lebih hanyir sikit. Cherry terpaksa cuci banyak kali then rendam dengan air asam beberapa jam sebelum masak...

Monday, 15 July 2013

Daging Dendeng



Daging Dendeng (4-5 orang)

Bahan-bahan:-
  •  1 kg daging (Cherry guna batang pinang)
  •  12 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai (diketuk) 
  • 4 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 susu besar kicap manis
  • 4 sudu gula melaka
  • Gula pasir & garam
  • sedikit air
  • minyak masak 
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 2 biji bunga lawang 
  • 3 biji bunga cengkih 

Cara Memasak:-
  1. Daging dihiris nipis dan direbus hingga empuk. Angkat daging biarkan sejuk seketika. 
  2. Tumbuk setiap hirisan daging sehingga nipis (cherry guna lesung batu).
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging sehingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Goreng bawang merah kecil yang dihiris sehingga garing (jadi lebih kurang macam bawang goreng). Angkat dan toskan.
  5. Kisar bawang, halia dan lengkuas.Tumis bahan kisar sehingga kekuningan. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih dan tumis hingga naik bau.  
  6. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
  7. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap dan garam secukup rasa.Kacau rata.
  8. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga kering.
  9. Tutup api, tuangkan bawang goreng dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!!

Saturday, 13 July 2013

Ikan Siakap Tiga Rasa



Ikan Siakap Tiga Rasa (2-3 orang)

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana besar) 
  • Sedikit tepung jagung 
  • Garam

Bahan-Bahan Sos:- 
  • 4 - 5 biji cili padi (dihiris)
  • 2 tangkai cili besar (dihiris)
  • Nenas di dalam tin (optional)
  • 3-4 sudu besar cili kisar*
  • 5 ulas bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • 1 sudu besar tomato 
  • 2 sudu besar sos plum 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu  besar sos ikan 
  • 1 sudu besar jus limau nipis*
  • 1 batang serai (diketuk)

Cara memasak:
  1. Ikan dibersihkan dan ditos. Lumurkan rata garam dan diikuti dengan tepung jagung di seluruh bahagian luar dan dalam ikan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah kuali panas, masukkan ikan dan goreng hingga garing (pastikan ikan tenggelam di dalam minyak). Angkat dan toskan. 
  3. Bagi bahan sos, hiris & cincang dadu bahan-bahan sos bertanda *. 
  4. Tumiskan bahan cincang tersebut di dalam kuali bersama serai, cili padi dan cili merah hiris dan juga daun limau purut sehingga kekuningan.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, sos plum, sos ikan & nenas. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
  6. Masukkan gula & garam dan gaul rata. Tutup api & tuangkan sos ke atas ikan siakap yg digoreng tadi. Selamat mencuba!!!

Thursday, 11 July 2013

Ungkep Ayam Istimewa


asa.karangkraf.com/resipi-menu/ayam/ayam-masak-ungkep-1.48054


Cherry ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf andainya sepanjang berblog ni chery ada terkasar bahasa dengan rakan-rakan semua. Cherry juga ingin ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, semoga puasa kita diberkati hendaknya, amin.

Bercerita pasal bulan ramadhan, semalam Cherry berterawih dlm flight, huhuhu.. Oleh kerana sampai umah pun dah lewat mlm, jd Cherry tak larat nak masak ape2 lauk special tok en. tomato bersahur (sahur nasi goreng je kami). Jadi tok berbuka hari ni, Cherry masakkan en. tomato makanan yg spesel sikit tok ganti sahur semalam, iaitu ungkep ayam. Resipi ni cherry belajar dari mak cherry dah lama dah tp tak berkesempatan nak share dgn rakan-rakan. Jadi di sini Cherry kongsikan resipinya ye..