Monday, 15 July 2013

Daging Dendeng



Daging Dendeng (4-5 orang)

Bahan-bahan:-
  •  1 kg daging (Cherry guna batang pinang)
  •  12 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai (diketuk) 
  • 4 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 susu besar kicap manis
  • 4 sudu gula melaka
  • Gula pasir & garam
  • sedikit air
  • minyak masak 
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 2 biji bunga lawang 
  • 3 biji bunga cengkih 

Cara Memasak:-
  1. Daging dihiris nipis dan direbus hingga empuk. Angkat daging biarkan sejuk seketika. 
  2. Tumbuk setiap hirisan daging sehingga nipis (cherry guna lesung batu).
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging sehingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Goreng bawang merah kecil yang dihiris sehingga garing (jadi lebih kurang macam bawang goreng). Angkat dan toskan.
  5. Kisar bawang, halia dan lengkuas.Tumis bahan kisar sehingga kekuningan. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih dan tumis hingga naik bau.  
  6. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
  7. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap dan garam secukup rasa.Kacau rata.
  8. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga kering.
  9. Tutup api, tuangkan bawang goreng dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!!

2 comments:

  1. nak dendeng yang lebih sedap, kak zaharah goreng daging garing sedikit kemudian baru ditumbuk. Kak zaharah tak rebus pun

    ReplyDelete
  2. Cherry x penah pulak goreng dagingnye, nnt Cherry cuba, tq kak

    ReplyDelete