Tuesday 23 July 2013

Sotong Katak Masak Kari



Kebetulan Cherry pi KK aritu jadi Cherry pun pegi ke pasar basah yang berdekatan area pasar Filipina untuk beli makanan laut. Kalau datang KK Cherry mesti singgah pasar basah ni & juga pusat maritim KK (tak jauh dari pasar basah) yang ada jual udang galah...

Sekotak besar Cherry memborong makanan laut, naik lenguh bahu... Antara yang Cherry borong adalah sotong katak. Sotong katak ni memang banyak dijual kat sabah. Rasa die lain berbanding sotong biasa, lebih kuat & bau pn lebih hanyir sikit. Cherry terpaksa cuci banyak kali then rendam dengan air asam beberapa jam sebelum masak...
 
Sotong Katak Masak Kari: (2-3 orang)
  • 400 gram sotong katak (dibersihkan)
  • 7-8 sudu besar rempah kari
  • 2 biji kentang (dibelah 4)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 biji bawang merah kecil-dihiris
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bii bunga lawang
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil biji sawi (optional)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam dan gula.

Cara penyediaan:
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit sehingga lumat. Tumis di dalam minyak bersama rempah-ratus, bawang hiris, daun kari dan juga serai.
  2. Setelah kekunigan, masukkan rempah kari dan tunggu mendidih.
  3. Masukkan kentang dan tambah santan cair dan sedikit air (jika perlu) dan masak hingga kentang empuk.
  4. Masukkan sotong dan gaul hingga sotong separuh empuk. 
  5. Masukkan santan pekat, tomato dan bahan perasa dan masak hingga sotong empuk. Bolehlah dihidangkan.

3 comments:

  1. dgr nama pun lily dah tak lalu mkn kak cherry

    ReplyDelete
  2. akak pun tak pernah makan jugak sotong katak ni, entah mcmane rasa dia

    ReplyDelete
  3. Sy pun beli sekadar nak merasa, tp pas dah rase rasanye sotong biasa lbh sedap...

    ReplyDelete