Friday, 26 July 2013

Membeli-belah di Kota Kinabalu


Kebelakangan ni Cherry kerap jugak pi Sabah, tapi sumenye atas urusan keje, nak pi sendiri bebanyak kali manelah mampu kan.. 

Biasanya kalau di KK Cherry akan duduk Hotel Promende sebab harganya agak murah jika nak dibandingkan dengan Le Meridien... Hotel Promenade ni bilik die pun bersih & selesa. Breakfast die pun boleh tahan, banyak pilihan & boleh jalan kaki je kalau nak ke pasar basah dan pasar filipina (dalam 15 minit berjalan kaki). Tapi hotel promenade ni selalu penuh jadi kalau nak stay dekat sini Cherry nasihatkan supaya buat booking awal2... 

Bagi yang tak ada/bwk kereta tak jadi masalah kalau stay kat hotel ni sebab kalau nak makan ada food court di seberang jalan hotel tu dan juga ada mini shopping complex (lupa nama die) kat sebelah hotel. Kat mini shopping complex tu ada kfc & market... Jadi kalau nak makan atau beli barang utk makan insyallah mmg tak ada masalah...

Cherry akan ronda2 pasar Filipina & pasar basah hari yang Cherry nak balik ke KL sbb  tak perlu susah2 nak carik tempat simpan. Kalau di pasar Filipina & pasar basah ni make sure kita tawar dulu harga sebelum beli, kalau penjual tak nak turunkan harga tak pe, kita pergi tawar kat kedai lain plak sbb kebanyakan kedai jual barang yang hampir sama.Bagi yang suka makan lobster, ada pusat maritim KK berdekatan dengan pasar basah yang ada jual lobster (frozen) dgn harga berpatutan.

Bagi yang nak beli mutiara atau aksesori, Cherry nasihatkan lebih elok beli di kedai jamilah jewellery sbb kat sane lbh banyak pilihan & lbh murah berbanding di pasar filipina.. Kedai jamilah jewellery ni tak jauh dari pasar filipina & Cherry biasenye pi sane jalan kaki je dari hotel...

3 comments:

  1. Sempat mkn ikan & seafd bakar kat pasar philippine ke cherry? Kak zaharah masa ke sbh dulu ade jgk ke sane

    ReplyDelete
  2. Mulanya ingat nak mkn jgk kak, tp cherry tgk lalat bkn main byk hinggap kat makanan yg dibakar tu & dorang x tutup pun, tu yg x jd mkn tu.Risau plak sakit perut ke apa kan, esoknya dahla ada urusan kerja, asik kuar masuk toilet kang jd masalah plak kang...

    ReplyDelete
  3. kak ceri tak beli ikan masin merah? murah kat sane... farah kalau gi kk mst beli ikan tu

    ReplyDelete