Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Friday, 29 August 2014

Percutian ke Perlis

Kuala Perlis
Selepas 2 hari cherry & en tomato bercuti ke Penang, pada 22/8/2014 kami bertolak ke Perlis. En tomato yang drive, cherry jadi 'mem' besar dok kat sebelah.

Walaupun ini kali pertama cherry & en tomato ke perlis, tapi memang tak susah untuk mencari jalan. Guna je PLUS highway & ikut signboard Bukit Kayu Hitam sampai nampak exit yang hendak dituju. Destinasi cherry & en tomato adalah Kuala Perlis. 

Sebelum sampai exit ke Kuala Perlis, en tomato cadangkan untuk singgah ke Bukit Kayu Hitam sebab dah tak jauh. Dalam 30 minit je dari exit Kuala Perlis ke Bukit Kayu Hitam. Nak ke Bukit Kayu Hitam ni pun tak susah sebab banyak signboard yang guide pelancong untuk ke sana. Kedudukan dia adalah di penghujung highway PLUS, jadi memang takkan sesat walaupun pertama kali ke sana.

Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam

Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam (BKH)

Kompleks ni tak ada beza dengan kompleks bebas cukai di tempat lain di Malaysia. Barang yang dijual hampir sama eg. coklat, perfume, minuman keras & etc. Cuma ada sedikit produk thailand dijual di kompleks bebas cukai BKH ni seperti kacang, biskut dan coklat. 

Harga di kompleks bebas cukai BKH tak murah mana pun. Rasanya coklat dan biskut yang dijual di Tesco jauh lebih murah. Sebagai contoh, coklat cadbury besar yang dijual Tesco dalam RM 6.99/satu, kat sini RM 7.++. Kata bebas cukai, tapi lebih mahal pulak dari Tesco. 

Perfume pun sama, harga lebih kurang harga kat jusco je.  Cherry ngan en tomato tak beli apapun, kami balik tangan kosong apabila melihat harga yang mencekik darah tersebut.

Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis

Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis

Selepas membazirkan masa & minyak ke kompleks bebas cukai BKH, kami decide untuk terus ke hotel. Cherry tempah hotel putra brasmana, kuala perlis selepas melihat review hotel ini di blog rakan-rakan yang pernah ke sana.

Nak cari hotel ni tak susah, just ikut signbord kuala perlis sampai ke hujung jalan (sampai nampak laut) then belok ke kanan (compulsory right) sampai jumpa traffic light. Di traffic light pusing ke kiri, akan lalu sebelah KOMA LAUT & then medan ikan bakar. Hotel ni berhadapan medan ikan bakar & jeti kuala perlis.

Rate hotel 1 malam adalah RM 150 untuk bilik biasa & RM 200++ untuk bilik keluarga. Cherry & en tomato stay kat bilik biasa, maklumlah berdua je. Harga RM 150 bagi bilik biasa tu termasuk sarapan untuk 2 orang.

Kawasan hotel luas & bersih, parking pun banyak. Lobi kelihatan kemas & staf di kaunter pun sangat helpful. Lif disediakan tapi lif nye kecil. Muat 4 orang dewasa je sekali naik (tanpa bawa barang). Kalau bawa beg baju & barang-barang lain, memang 2 orang je muat dalam lif. Keluar dari lif cherry tengok koridor menghala ke bilik kotor & berhabuk, macam tak pernah di mop bertahun-tahun. Aircond pun tak dipasang di koridor (aircond ada tapi tak on kan).

Masuk ke bilik (bilik 232) pun keadaannya begitu juga. Biliknya kecil, peralatan usang dan kunci pintu sliding door dan tingkap pun dah rosak & tak boleh dikunci. Cherry & en tomato minta ditukar ke bilik lain. Pihak hotel memindahkan kami ke bilik sebelah (230). Kali ni tingkap & pintu sliding boleh dikunci. Tapi keadaan bilik sama je, perabut usang & berhabuk, tandas buruk (kepala paip dah hampir tercabut) & ada tompok besar hitam di lantai bilik air. Biliknya kecil, hanya selesa untuk 2 orang. Kalau nak tambah extra bed memang sempit.

Bantal keras & selimut ada tompok-tompok hitam. Cherry call housekeeping & minta mereka tukar selimut baru. Selimut baru pun ada tompok hitam juga, tapi tak apalah, at least selimut baru kan. Bukan apa, kadang-kadang ada hotel yang tak tukar selimut berbulan-bulan. Mereka hanya tukar cadar & sarung bantal tapi selimut tak ditukar. Jadi setiap kali duduk hotel, Cherry memang akan pastikan selimut diganti baru.

Tuala mandi yang disediakan sudah buruk dan koyak-koyak di bahagian tepi. Malah tuala en tomato hampir berlubang di bahagian tengah. Tualanya pun bukan main nipis, macam tuala yang dah digunakan 10 tahun lepas & tak pernah diganti. Tuala cherry mengelap dapur rasanya lebih tebal & lebih cantik daripada tuala hotel ni.

Water heater hotel ni tak berfungsi, bila mandi terasa sejuk betul. Lepas tu ada nyamuk dalam bilik. Cherry & en tomato terpaksa berkejar-kejar menepuk nyamuk sebab takut nyamuk aedes yang masuk bilik. Kang tak pasal-pasal kena bercuti di hospital sebab denggi.

Time cherry ngadap laptop di meja study, tetibe terbau busuk lipas. Rupa-rupanya bila check dalam laci, penuh dengan taik lipas. Since dah macam tu, cherry cakap dgn en tomato lepas makan, pastikan makanan (roti, kacang etc) ditutup dengan ketat sebab takut lipas masuk. Nasib baik cherry ada bawa tupperware (antara barang wajib yang mesti dibawa setiap kali cherry pergi bercuti), jadi bolehlah makanan yang tak tak habis dimasukkan dalam tupperware tu.

Selain daripada tu, en. tomato ni kuat makan, lepas dah dinner pun kadang-kadang tengah malam dia lapar lagi, jadi time dinner mesti akan tapaukan dia apa-apa makanan untuk di makan time tengah malam. Itulah sebbnya cherry rajin bawa tupperware kalau bercuti ngan en tomato supaya senang dia nak makan tengah-tengah malam guna tupperware (eg. makan makanan berkuah macam tom yam).

Tv hotel ni tv biasa je, bukan LCD tapi channel yang disediakan boleh tahan (dalam 10 channel tak silap). Mini fridge disediakan (ada semut dalam fridge) & water jug untuk masak air pun ade. Iron ada dalam almari baju tapi iron board tak ada. Mintak dari budak hotel pun dia cakap tak ada.Last-last cherry iron baju atas meja study.

Sarapan disediakan hotel biasa saja. Hari pertama (sabtu) menu dia : Nasi goreng, spageti (dalam kuah ada  tomato je, daging langsung tak letak), nugget, roti, salad & bubur. Kaunter telur diletakkan di bahagian luar (maleh den nak ambek kat luar). Hari kedua pula menu dia : nasi lemak, rendang ayam, bihun goreng, roti, bubur, salad & popia goreng. Rasa makanan dia biasa-biasa je. Hari ketiga : malas nak turun makan, hu3... 

Cuma cherry nak ingatkan kalau nak ambil minuman time bekpes, check dulu sama ada bekas air bersih ke tidak. Sebab apa, time cherry nak amek jus oren tok en tomato, cherry perasan bekas jus oren tu berkeladak. Terus cherry suruh en tomato minum air suam je.

Hotel ni mengadap laut & dekat dengan jeti Kuala Perlis dan tempat makan seafood, boleh jalan kaki je. kat bawah ni Cherry akan review pasal pengalaman cherry makan seafood kat kuala perlis.

Secara keseluruhan, penginapan cherry di hotel putra brasmana ni tak berbaloi dengan apa yang dibayar. Sepatutnya pihak hotel renovate bilik & peralatan di hotel ni sebab semunya dah usang-usang belaka. Kakitangan housekeeping juga perlu di train dengan lebih elok supaya diorang tahu macamana cara bersihkan bilik dengan elok. Bab keselamatan seperti kunci sliding door dan kunci tingkap perlu dititik beratkan. Kalau keselamatan tidak diendahkan, penguncung memang tak mahu datang lagi.

Medan Ikan Bakar, Kuala Perlis

Mona Ikan Bakar
Malam kedua di kuala perlis cherry & en tomato dinner kat medan ikan bakar kuala perlis, di seberang jalan hotel putra brasmana. Kami pi jalan kaki je. Kami memilih untuk makan di Restoran Mona (tak silap gerai no.7, sebelah restoran satay) selepas melihat review bloggers. En tomato dah ingatkan awal-awal supaya jangan ambil lauk banyak sangat sebab takut tak sedap, bila dah confirm sedap, kalau nak order banyak pun tak pe.

Time sampai tu orang tak ramai sebab kebetulan hujan & bukan time cuti sekolah. Boleh pilih lauk dengan senang lenang. Cherry yang pilih lauk, en tomato pi book tempat duduk. Cherry amek ikan kembung seekor je sebab en tomato tak pandai makan ikan sangat, udang saiz besar dalam 8 ekor & sotong saiz sederhana 6 ekor.

Ikan kembong cherry suruh bakar, udang masak tom yam & sotong masak 3 rasa. Bila lauk sampai, kami start makan tom yam dulu. Lepas en tomato rasa tom yam sesudu terus dia tak nak makan kuah tom yam lagi dah, dia cakap tak sedap. Dia ratah udang kosong macam tu je.

Sotong 3 rasa pun sederhana je rasa dia. Tulang & taik sotong pun tak dibersihkan dengan betul. Ikan bakar pula tak sedap. Perap ikan bakar dia biasa-biasa sahaja. Air asam cair & tak sedap.

Kos makan di restoran mona malam tu : RM 35. Walaupun harga yang dikenakan murah berbanding harga seafood di tempat lain, tapi tak berbaloi dengan rasa makanan yang tak sedap & kebersihan makanan yang tak memuaskan. Sabun cuci tangan pun tak disediakan kat sinki.

Lepas habis makan en tomato ajak pi tapau kfc (kfc tak jauh dari hotel, berdekatan hotel kuala perlis seaview), dia cakap dia tak kenyang makan di restoran mona sebab tak sedap.

Itulah sedikit sebanyak review cherry berkenaan percutian di perlis. Cherry akan buat review berkenaan shopping di padang besar & wang kelian dalam next entry, insyallah... semoga berjumpa lagi, salam ukhuwah..

Sunday, 24 August 2014

Hotel Malaysia Penang

 Salam

Baru-baru ni cherry & en tomato bercuti ke utara. Kebetulan dua-dua pun dah lama tak bercuti. Raya hari tu en tomato sebok ngan keje, jadi ni kira ganti cuti raya lah ni.

Khamis 19/8/2014 dalam pukul 9 pagi cherry & en tomato bertolak ke penang. Singgah RTC Ipoh untuk lunch then bershopping buah-buahan di R&R Bukit Gantang. Cherry beli mempelam je untuk makan-makan di hotel bila sampai nanti.

Dalam pukul 1 tengahari kami sampai di Hotel Malaysia,Penang. Hotel ni betul-betul di tengah bandar Georgetown, bersebelahan Hotel Continental dan dekat dengan kedai Sup Hameed. 

Hotel Malaysia ni kecil sahaja, dalam 10 tingkat. Hotelnya biasa sahaja jika nak banding dengan hotel-hotel lain di bandar georgetown, dari luar pun memang nampak macam hotel murah. 

Tapi apa yang membuat cherry suka stay kat sini adalah dia dekat dengan tempat makan yang popular seperti sup hameed dan nasi kandar line clear, boleh jalan kaki je. Even nak gi chowrasta beli jeruk Pak Ali pun boleh jalan kaki je (dalam 10-15 minit berjalan kaki). Kalau mahu makan fastfood, subway pun tak jauh dari hotel ni, jalan kaki beberapa minit je dah sampai.

 Jika bosan makanan mamak, betul-betul berhadapan dengan hotel ada sebuah Restoran menjual makanan melayu. Sebelah malam selepas sampai di hotel Malaysia, Cherry & en tomato pegi makan kat restoran tu. Restoran melayu ni menjual makanan panas seperti tom yam, paprik, nasi goreng & sbgnya. Harga makanan tidaklah berapa mahal jika dibandingkan dengan kedai-kedai mamak di georgetown. Keadaan kedai pun bersih. 

Bila chery tanya adik yang ambik order di restoran melayu ni, adik tu cakap restoran tu buka dari 2 petang sehingga 2 pagi. Jadi kalau lapa tengah-tengah malam bolehlah jamu selera di sini. Kami order nasi putih, tom yam campur, daging paprik, telur dadar & minuman. Harga semuanya RM 17 je.

Selain daripada tu, di bawah Hotel Malaysia ada kedai 24 jam jadi kalau emergency malam-malam bolehlah turun pergi kedai tu. 

Berkenaan bilik pulak, hotel ni dah renovate bilik-bilik dia. Jadi keadaan dan peralatan bilik memang baru dan kemas. Sebahagian bilik air berdinding kaca, termasuk pintu bilik air. Lantai pun ditukar baru dan dipasang semua kayu. Katil pun selesa. Untuk harga yang dibayar (RM 160++ semalam) cherry rasa Hotel Malaysia ni memang amat berbaloi.

Walaupun parking untuk hotel guest disediakan, yang tak berapa best tentang hotel ni adalah parking dia tak banyak. Jadi bila dah dapat parking kereta tu, make sure tak keluar ke mana2 lagi., kalau nak keluar jugak jalan kaki jelah,he3. Berkenaan keselamatan kereta yang diparking pula, hotel ada sediakan guard di tempat parking jadi cherry memang tak risau nak park kereta kat tempat parking yang disediakan.

Lagi satu yang tak best adalah makanan breakfast dia. Makanan yang disediakan sangatlah simple & rasa pun tak berapa sedap. 2 hari cherry duduk kat sini, menu dia sama je : nasi goreng, mee/bihun/maggi goreng, hotdog/nugget, roti, salad & bubur. Counter untuk telur tak ada, jadi telur mata & telur dadar dah digoreng siap-siap. Bila makan, telur dah sejuk sebab dah lama digoreng.

Channel tv boleh tahan (dalam 10 channel tak silap) & wi-fi disediakan sehingga ke dalam bilik. Toiletries yang disediakan hanyalah tuala, sabun & shower cap. Iron tak disediakan jadi perlu request dari housekeeping.

Rating cherry untuk hotel malaysia adalah seperti berikut:

Bilik : 7.5/10
Chanel tv : 6.5/10
Tandas : 7/10
Sarapan : 4/10
Reception & lobi : 7/10
Parking : 5/10

Sunday, 3 November 2013

Hotel Ixora Butterworth

Kalau pegi butterworth, cherry biasanya akan stay kat hotel ixora ataupun hotel sunway sebab senang nak makan dan shopping ;). Last week kebetulan cherry ada urusan keje kat butterworth 3 hari so cherry stay kat ixora. 

Friday, 26 July 2013

Membeli-belah di Kota Kinabalu


Kebelakangan ni Cherry kerap jugak pi Sabah, tapi sumenye atas urusan keje, nak pi sendiri bebanyak kali manelah mampu kan.. 

Biasanya kalau di KK Cherry akan duduk Hotel Promende sebab harganya agak murah jika nak dibandingkan dengan Le Meridien... Hotel Promenade ni bilik die pun bersih & selesa. Breakfast die pun boleh tahan, banyak pilihan & boleh jalan kaki je kalau nak ke pasar basah dan pasar filipina (dalam 15 minit berjalan kaki). Tapi hotel promenade ni selalu penuh jadi kalau nak stay dekat sini Cherry nasihatkan supaya buat booking awal2... 

Bagi yang tak ada/bwk kereta tak jadi masalah kalau stay kat hotel ni sebab kalau nak makan ada food court di seberang jalan hotel tu dan juga ada mini shopping complex (lupa nama die) kat sebelah hotel. Kat mini shopping complex tu ada kfc & market... Jadi kalau nak makan atau beli barang utk makan insyallah mmg tak ada masalah...

Cherry akan ronda2 pasar Filipina & pasar basah hari yang Cherry nak balik ke KL sbb  tak perlu susah2 nak carik tempat simpan. Kalau di pasar Filipina & pasar basah ni make sure kita tawar dulu harga sebelum beli, kalau penjual tak nak turunkan harga tak pe, kita pergi tawar kat kedai lain plak sbb kebanyakan kedai jual barang yang hampir sama.Bagi yang suka makan lobster, ada pusat maritim KK berdekatan dengan pasar basah yang ada jual lobster (frozen) dgn harga berpatutan.

Bagi yang nak beli mutiara atau aksesori, Cherry nasihatkan lebih elok beli di kedai jamilah jewellery sbb kat sane lbh banyak pilihan & lbh murah berbanding di pasar filipina.. Kedai jamilah jewellery ni tak jauh dari pasar filipina & Cherry biasenye pi sane jalan kaki je dari hotel...

Monday, 3 June 2013

Pearlview Hotel, Butterwoth Penang


Cherry kene pi outstation lagi minggu ni. Kali ni 3 hari Cherry kene dok kat Butterworth. Cherry booking hotel Pearlview sebab kawan-kawan kasi good review pasal hotel ni.

Cherry drive pi Pearlview kali ni sebab susah outstation lama-lama tak ada kenderaan, kalau ada kereta boleh gak Cherry pi jalan-jalan cari makan :) Sampai-sampai Pearlview Cherry dah terasa cam Cherry dah buat pilihan yang salah sebab mane taknya, ade ke patut bila Cherry nak parking kete kat parking bertingkat hotel tu, guard hotel tak kasi masuk and suruh Cherry check-in dulu. Rupa-rupanya nak masuk parking bertingkat kat hotel Pearlview ni memang kene swipe room access card kita baru boleh masuk. So terpaksala Cherry buat satu pusingan and pegi lobi tok check in then baru boleh parking kereta.

Masuk-masuk bilik hati Cherry lega sikit sebab at least bilik dia agak selesa (Cherry duduk bilik superior king). Cuma yang tak bestnya, bilik dia sedikit berhabuk dan karpet ada bau hapak. Channel TV pun tak banyak pilihan and reception pun tak berapa ok. Tapi yang paling tak best, paip berdekatan dengan mangkuk tandas tak ada. So kalau lepas kita 'melepaskan hajat' dan nak cuci, sama ada lap guna tisu ataupun basuh kat dalam bathtub (gayung disediakan).

Selain dari tu, hotel ni agak ok. Keluasan ok, internet dalam bilik disediakan (cable) dan breakfast dia pun boleh tahan cuma tak banyak pilihan makanan. Hotel ni juga agak jauh dari shopping complex. So kalau nak makan hanya ada kedai mamak dan bakery berhampiran (walking distance). Tapi untuk non-muslim ada banyak choice sbb berdekatan hotel ada beberapa chinese restoran yang juga dalam walking distance. Kalau ada kereta, bolehla pegi Tesco ataupun Megamall time bosan-bosan... Bagi kawan-kawan yang nak stay kat sini, just nak inform yang hotel ni ada wing lain, so time booking make sure inform nak stay kat main wing sbb kalau wing yang lagi satu nak kene jalan sikit... parking hotel di tingkat 5 & 6, tapi Cherry parking di tingkat 6 sbb tingkat 6 ada guard & guard room...