Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, 31 October 2013

Ikan Dori Celup Tepung dengan Lada Hitam


Hari ni lepas keje Cherry ada class (cherry sambung master). Kelas habis lebih kurang pukul 9.30 mlm, nak dekat pukul 10.30 baru Cherry sampai umah. Sampai2 rupenye en Tomato tak tido lagi & die ngadu lapa. Since cherry kepenatan, so cherry masakkan ikan dori celup tepung untuk en tomato. 

Menu ni antara menu yg cherry rajin masak kalo tengah kepenatan. Sebabnye, dah tak perlu masak nasi ke bagai...ikan dori tu cicah dengan sos lada hitam, sos cili, sos masam manis ataupun mayonis dah kenyang. Penyediannya pun senang jadi sesuai untuk rakan2 yg bekerja dan tak sempat nak masak makanan yang complicated lepas balik kerja. 

Di sini cherry kongsikan resipinya...

Saturday, 13 July 2013

Ikan Siakap Tiga Rasa



Ikan Siakap Tiga Rasa (2-3 orang)

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana besar) 
  • Sedikit tepung jagung 
  • Garam

Bahan-Bahan Sos:- 
  • 4 - 5 biji cili padi (dihiris)
  • 2 tangkai cili besar (dihiris)
  • Nenas di dalam tin (optional)
  • 3-4 sudu besar cili kisar*
  • 5 ulas bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • 1 sudu besar tomato 
  • 2 sudu besar sos plum 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu  besar sos ikan 
  • 1 sudu besar jus limau nipis*
  • 1 batang serai (diketuk)

Cara memasak:
  1. Ikan dibersihkan dan ditos. Lumurkan rata garam dan diikuti dengan tepung jagung di seluruh bahagian luar dan dalam ikan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah kuali panas, masukkan ikan dan goreng hingga garing (pastikan ikan tenggelam di dalam minyak). Angkat dan toskan. 
  3. Bagi bahan sos, hiris & cincang dadu bahan-bahan sos bertanda *. 
  4. Tumiskan bahan cincang tersebut di dalam kuali bersama serai, cili padi dan cili merah hiris dan juga daun limau purut sehingga kekuningan.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, sos plum, sos ikan & nenas. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
  6. Masukkan gula & garam dan gaul rata. Tutup api & tuangkan sos ke atas ikan siakap yg digoreng tadi. Selamat mencuba!!!

Monday, 13 August 2012

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

Sebelum bertolak ke Muar Khamis lepas, sempatlah juga saya sediakan Asam Pedas Ikan Pari untuk suami yang tengah bersedih sebab saya akan pergi outstation 1 minggu, berselera dia makan, kesian pulak saya menengoknya....