Friday, 31 August 2012

Kuah Kacang

Kuah Kacang

Nasi Impit dan kuah kacang merupakan menu feveret saya dan suami time raya. Tu yang bila pergi pasaraya nak beli kacang tanah sebelum raya aritu tiba-tiba kacang tanah abes, susah ati gak la pikir mane nak mencarik kacang tanah waktu-waktu suntuk camtu. Maklumla, beli barang pun lagi 1 hari nak raya, memang patutla semua barang-barang tok raya dah abes. Since nak jugak makan kuah kacang, saya ajak suami pegi semua pasaraya yang berdekatan demi mencari kacang tanah, last-last jumpe gak kacang tanah kat giant seri kembangan, tupun dah tinggal saki baki,tapi takpe, jadilah tu... Pengajaran yang saya dapat adalah, pasni kene beli awal barang-barang tok masak time raya, kalau tidak, terpaksala berpusing sana sini mencari barang yang diperlukan, itupun kalau masih ada stok.... haish, macam-macam hal, hehe. Apepun di sini saya kongsikan resipi kuah kacang untuk dicuba oleh rakan-rakan semua. Diharap sudi mencubanya ye....

Thursday, 30 August 2012

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Salam.....

Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kpd rakan-rakan semua. Di kesempatan ini, saya ingin mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita ada kata dan perbuatan saya yang mengguris hati rakan-rakan...

Bagaimana dengan sambutan aidilfitri rakan-rakan tahun ni? Mesti masing-masing sibuk menyediakan kuih-muih dan juadah di pagi raya untuk family kan? Tahun ni sambutan raya saya sederhana je memandangkan suami pun tak dapat cuti lama. Saya sendiri pun tak ambil cuti panjang memikirkan ada keje yang perlu diselesaikan di ofis. Tapi apepun, sambutan aidilfitri tetap diraikan bersama ahli keluarga yang lain dengan penuh meriah dan kesyukuran...

Bagi sambutan raya tahun ni, since tak nak membazir, saya berpakat dengan mak and adik untuk bahagikan masak juadah raya. Bukan apa, biasanya macam tahun-tahun lepas, bila dah berkumpul, semua orang akan bawa rendang, kuah kacang dan kuah lodeh. Susah jugak nak kene makan dan rasa semuanya, jadi mesti akan ada makanan yang tak terusik dan terbuang. So tahun ni kami adik beradik dan mak pakat masak lauk-pauk berbeza setiap seorang. Juadah yang saya perlu sediakan adalah nasi impit, kuah kacang dan ayam masak merah. Adik-adik yang lain dan mak pula akan sediakan ketupat palas, rendang ayam tua (saya akan sertakan resipi yang diminta khas dari adik dan mak kemudian k), kuah masak lodeh dan kek. Saya sertakan resipi ayam masak merah di sini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semua, selamat mencuba ye :)

Friday, 17 August 2012

Pemandangan Bandar Muar



9 Ogos lepas saya ada kerja di Muar jadi terpaksa bermalam di sana. Walaupun kebiasannya kalau pergi sana saya akan duduk di Hotel Classic, tapi kali ni saya duduk di Muar Traders Hotel. Sebabnya pihak Hotel Classic memaklumkan mereka tidak sediakan juadah bersahur. Agak terkejut juga saya bila pihak hotel memaklumkan perkara ini sebab hotel-hotel lain kat Malaysia ni semua sediakan makanan bersahur, terasa macam duduk hotel kat hotel negara barat pulak sampai terpaksa kena pergi cari makanan sahur sendiri... jadi saya kirim salam jelah kat hotel tu, hehe...

Thursday, 16 August 2012

Galleria Johor Bahru

 Salam...

Sedar tak sedar, ramadan kian sampai ke penghujung. Rakan-rakan di luar sana mesti sedang sibuk membuat persiapan raya kan? Semasa saya di JB, mana-mana saya pergi orang semua sibuk buat persiapan hari raya, maklumlah dah dekat sangat nak raya, saya je yang masih tak sempat nak buat apa-apa persediaan sebab masih kepenatan terpaksa outstation selama 1 minggu. Takpelah, dah namanya tugas, perlulah dijalankan dengan ikhlas, betul tak?

Wednesday, 15 August 2012

Bazar Ramadan Bandar Baru Uda

 Salam

Hari terkahir saya di JB saya decide nak pergi jalan-jalan di bazar ramadan untuk cari makanan berbuka, saja nak tukar selera sebab sebelum ni asyik beli food kat Galleria (Kotaraya) ataupun City Square je (since sorang-sorang jadi malas nak pergi jauh-jauh). Jadi petang semalam lepas siap kerja, saya pun menuju ke bazar ramadan Bandar Baru Uda. Walaupun dah nak dekat akhir-akhir ramadan, tapi saya dapati, masih banyak gerai menjual makanan berbuka yang dibuka.

Tuesday, 14 August 2012

Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai
Salam

Minggu lepas untuk berbuka saya sediakan menu sambal udang dengan petai untuk suami, makan dengan nasi panas memang berselera betul.... Baru minggu ni saya sempat masukkan resipi untuk sambal udang petai ni untuk tatapan rakan-rakan di luar sana, sudilah mencubanya ya..

Monday, 13 August 2012

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

Sebelum bertolak ke Muar Khamis lepas, sempatlah juga saya sediakan Asam Pedas Ikan Pari untuk suami yang tengah bersedih sebab saya akan pergi outstation 1 minggu, berselera dia makan, kesian pulak saya menengoknya....

Saturday, 4 August 2012

Kuih Buah Melaka


Salam

Hari ini saya sediakan kuih buah melaka untuk berbuka. Hari cuti-cuti ni lah baru sempat nak masak kuih-muih untuk pencuci mulut. Kalau hari kerje kadang-kadang memang tak sempat sebab sampai rumah pun dah lewat. 

Thursday, 2 August 2012

Bazar Ramadhan Dewan Jubli Intan, Muar


Salam

2 hari lepas saya ke Muar atas urusan kerja, jadi dapur tak berasaplah, hehe... Sampai hotel awal jugak jadi decide nak pergi survey bazar ramadan dekat area lapangan letak kereta Dewan Jubli Intan, Muor (panggilan orang sini untuk Muar).

Wednesday, 1 August 2012

Kari Ayam Berempah

 Salam

Sebelum ni saya ada buat entry berkenaan penyediaan nasi lemak daun pisang bersama kari ayam. Time tu saya hanya sempat masukkan resipi nasi lemak dengan sambal bilis je, kari ayam tak sempat nak dimasukkan. Jadi di kesempatan kali ini, saya sertakan resipi kari ayam ala-ala india untuk dikongsi bersama rakan-rakan di luar sana. Selamat mencuba!