Friday 31 August 2012

Kuah Kacang

Kuah Kacang

Nasi Impit dan kuah kacang merupakan menu feveret saya dan suami time raya. Tu yang bila pergi pasaraya nak beli kacang tanah sebelum raya aritu tiba-tiba kacang tanah abes, susah ati gak la pikir mane nak mencarik kacang tanah waktu-waktu suntuk camtu. Maklumla, beli barang pun lagi 1 hari nak raya, memang patutla semua barang-barang tok raya dah abes. Since nak jugak makan kuah kacang, saya ajak suami pegi semua pasaraya yang berdekatan demi mencari kacang tanah, last-last jumpe gak kacang tanah kat giant seri kembangan, tupun dah tinggal saki baki,tapi takpe, jadilah tu... Pengajaran yang saya dapat adalah, pasni kene beli awal barang-barang tok masak time raya, kalau tidak, terpaksala berpusing sana sini mencari barang yang diperlukan, itupun kalau masih ada stok.... haish, macam-macam hal, hehe. Apepun di sini saya kongsikan resipi kuah kacang untuk dicuba oleh rakan-rakan semua. Diharap sudi mencubanya ye....

Bahan-bahan (5-6 orang) :

250 gram kacang tanah (direndam dan dicuci bersih)
4 sudu cili giling
1 cawan santan pekat
Setengah sudu udang kering* (saya suka rasa udang kering yang tak berapa kuat dalam kuah kacang sebab tu letak sedikit sahaja. Boleh letak 1 sudu jika mahu)
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai (dititik)
Setengah cawan air asam jawa
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara
  1. Goreng kacang di dalam kuali sehingga garing. Angkat dan toskan. Kisar kasar (pastikan jangan dikisar terlalu halus).
  2. Kisar bawang, halia dan udang kering. Tumiskan bersama serai hingga kekuningan kemudian masukkan cili giling. Masak hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan gaul rata. Masukkan santan, air asam dan bahan perasa dan kacau rata hingga mendidih dengan api kecil. 
* Tips : Pastikan kuah kacang mendidih dan naik minyak sebelum api ditutup

No comments:

Post a Comment