Thursday 16 August 2012

Galleria Johor Bahru

 Salam...

Sedar tak sedar, ramadan kian sampai ke penghujung. Rakan-rakan di luar sana mesti sedang sibuk membuat persiapan raya kan? Semasa saya di JB, mana-mana saya pergi orang semua sibuk buat persiapan hari raya, maklumlah dah dekat sangat nak raya, saya je yang masih tak sempat nak buat apa-apa persediaan sebab masih kepenatan terpaksa outstation selama 1 minggu. Takpelah, dah namanya tugas, perlulah dijalankan dengan ikhlas, betul tak?


Time outstation di JB, since saya malas nak pergi beli makanan jauh-jauh untuk berbuka (dan juga tak berapa mahir dengan selok belok jalan di bandar JB ni), so saya cuma beli makanan dari kedai-kedai yang berdekatan hotel je, contohnya dari Galleria (dulu Kotaraya) dan City Square. Memang tak sama rasa makanan kedai jika nak dibandingkan dengan makanan rumah tapi takpelah, adat orang outstation, asalkan perut berisi sudahla, hehe...



Semasa membeli makanan, saya dapati Galleria dan City Square ada membuka bazar Aidilfitri. Banyak booth baju raya, kuih, kek dan kerepek raya yang dibuka, tapi so far, berdasarkan pemerhatian saya, harga kuih, kek dan kerepek yang dijual agak mahal. Tapi kalau nak beli 1 atau 2 bungkus untuk merasa bolehla sebab dari segi rupa, cantik jugak kuih yang dijual, tapi tak dapatlah saya nak pastikan kesedapannya, hehe...

Booth baju dan kelengkapan raya yang lain juga ada dibuka di Galleria (tingkat bawah), malah di bahagian luar Galleria pun ada banyak gerai menjual baju dan kuih raya. Memang meriah, jadi siapa yang tinggal berdekatan bolehlah datang melihat-lihat kalau masih ada barang kelengkapan raya yang tidak lengkap lagi...



9 comments:

  1. wahhh, cantik betul kotaraya skrg, berbeza dgn yg sy pernah tgk dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. AKu dulu masa zaman batu pegi sana memang cap ayam jer. Tapi since JB masa tu memang zaman batu, so even time tu pun Kotaraya dianggap sebagai tempat yang ok. Tapi sekarang ni walaupun bentuk bangunan masih lebih kurang dulu, tapi kemasan dia memang jauh beza, memang mengancam. Sesuai dengan zaman sekarang.

      Delete
  2. yelah zara, berbeza ngn yg dulu, ni yg x sabo nk p jengok ni

    ReplyDelete
  3. betul, lbh lawa bbnding yg dulu... byk ke kak kedai dlm die? ni yg x sabo nk p cek-out ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far time sy p byk kedai x buka lg,tp rasenye kalo nk banding ngn city square, city square lbh bsar n maybe lbh byk kedai (sbb time sy p city square sblm pose aritu dorang pn tgh buat renovation)

      Delete
  4. cpt gak renovation siap, haritu baru dorang baru siap runtuhkan bangunan kotaraya yg lama. Tp design baru mmg cntik, name pn dh 2kar... nex yr bole aku shopin baju raye kt sane...

    ReplyDelete
  5. wah, meriah btol kotaraya (galeria) skrg no... dh mkin lawo...

    ReplyDelete
  6. mmg berbeza banding dgn yg aku pnah dtg dulu, nama pun dh canggih. Sume kedai kt kotaraya yg dulu tu dah x beniaga lg ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pasti plak since time dtg aritu msih byk kedai x buka lg, tingkat2 atas masih blum bukak. Tp since dh renovate, mst la sewa mahal, kedai2 yg bajet besar je la kot yg dpt beniaga.....

      Delete