Monday, 13 August 2012

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

Sebelum bertolak ke Muar Khamis lepas, sempatlah juga saya sediakan Asam Pedas Ikan Pari untuk suami yang tengah bersedih sebab saya akan pergi outstation 1 minggu, berselera dia makan, kesian pulak saya menengoknya....
Di sini saya kongsikan resipi Asam Pedas Ikan Pari untuk tatapan rakan-rakan di luar sana...

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)
  • 5/6 potong ikan pari 
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 5 helai daun limau purut
  • beberapa tangkai daun kesum
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 3/4 batang bendi (optional)
  • Sedikit air
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:
  1. Ikan pari dibersihkan dan ditoskan
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit. Tumiskan bahawa kisar sehingga naik bau. Titikkan serai dan masukkan ke dalam tumisan bawang. 
  3. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, daun limau purut, dan daun kesum dan biarkan mendidih.
  4. Tambah sedikit air bagi mengelakkan kuah menjadi terlalu pekat. Masukkan gula dan garam dan kacau rata sebelum memasukkan ikan pari, tomato dan bendi. Ini bagi mengelakkan ikan pari hancur jika dikacau banyak kali.
  5. Masak beberapa minit dengan api sederhana hingga ikan pari masak dan tutupkan api. Bolehlah dihidangkan.

Tips: Boleh dimasukkan sedikit belacan bakar semasa menumis cili kering

9 comments:

  1. Berselera betul saya tengok kak cherry punya asam pedas. Cantik warna dia, kalau saya masak biasanya warna kuah dia pudar, mesti sebab tak taruk kunyit, hehehe... tq kak cherry berkongsi resipi asam pedas yang sedap & menyelerakan ni, insyallah akan dicuba!

    ReplyDelete
  2. rupanya zara pun minat asam pedas ye? akak pun tak berapa pasti, mungkin warna asam pedas pudar sebab kuah cair sangat kot zara? akak suka taruk cili banyak dan tumis hingga cili betul-betul garing dan naik minyak, tu yang nampak kuah asam pedas akak merah menyala tu... mungkin zara boleh kurangkan kuantiti air yang digunakan, entah-entah jadi lagi sedap dari kak cherry punya :)

    ReplyDelete
  3. mkn asam pedas dgn nasi panas mmg umphh, sambil cicah sambal kicap, bole mkn smpai 3 pinggan, ho2.......... terliur tgk asam pedas ikan pari akak tu..........

    ReplyDelete
  4. akak pun minat cicah sambal kicap. Kalau time tengah rajin akak blender kicap dgn cili padi, tapi kalau tak berapa rajin akak cuma masukkan hirisan bawang, tomato & cili padi ke dalam kicap then diperahkan limau kasturi

    ReplyDelete
  5. selain sambal kicap, sambal tempoyak ngn cili api tumbuk pn sedap jgk jd pencicah.......

    ReplyDelete
  6. zara : betoi tu, cantik warna asam pedas nora, akak kena berguru dgn nora mcm ni, hehe

    nora cherry : makan kosong pun dah sedap dik, lagi2 asam pedas pekat yang macam nora buat

    ReplyDelete
  7. kak zaharah: mane ade kak, saya ni budak baru belajar, saya yg kene berguru dr akak

    anak desa: memang pun, memang lagi berselera kalau makan dgn tempoyak & cili api tumbuk. Tapi sekarang bkn musim durian, nak cari durian wat tempoyak susah la sikit. Kang bila tiba musim durian barulah meriah boleh buat tempoyak dan macam-macam resipi lg.......

    ReplyDelete
  8. mmg pun, kalau asam pedas yg zara buat pudar je kaler die, mebi btol pe yg kak nora cherry ckp, kuah zara cair sgt, tq ye atas nasihat & tunjuk ajar

    ReplyDelete
  9. tq for the recipe, very2 delicious babe

    ReplyDelete