Saturday, 4 August 2012

Kuih Buah Melaka


Salam

Hari ini saya sediakan kuih buah melaka untuk berbuka. Hari cuti-cuti ni lah baru sempat nak masak kuih-muih untuk pencuci mulut. Kalau hari kerje kadang-kadang memang tak sempat sebab sampai rumah pun dah lewat. 

Nak sediakan kuih buah melaka ni tak berapa rumit, cuma perlu pandai sesuaikan jumlah air yang digunakan agar doh tak menjadi terlalu lembik. Kalau lembik sangat nanti doh akan melekat bila direbus. Di sini saya sertakan resipi kuih buah melaka untuk rakan-rakan di luar sana, selamat mencuba.

Bahan-bahan (Hidangan untuk 2-3 orang)
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka (dipotong dadu kecil)
1/2 biji kelapa parut putih (gaulkan rata dengan sedikit garam)
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau 
1/2 sudu kecil garam
Air


Cara-cara penyediaan 
  1. Potong daun pandan dalam 5-6 cm dan kisar dengan sedikit air sehingga hancur. Tapiskan untuk mendapatkan air pandan.
  2. Masukkan tepung di dalam bekas bersama garam dan gaulkan dengan air pandan. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit bagi memastikan bancuhan tepung tidak terlalu lembik.
  3. Apabila doh telah rata dan tidak lagi melekat di tangan, bolehlah dibentuk ke dalam bentuk bulat mengikut saiz yang disukai, tapi jangan terlalu besar.
  4. Penyekkan doh yang dibentukkan bulat tadi di atas tapak tangan dan masukkan gula melaka yang telah didadu dan bulatkan semula.
  5. Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan doh yang telah berinti tadi ke dalam periuk tersebut. Dimasak dengan api sederhana.
  6. Direbus sehingga doh timbul di dasar periuk. Angkat dan gaulkan dengan kelapa parut. Sedia untuk dimakan, selamat mencuba!

2 comments:

  1. kuih fevret bln pose, tp nk cari yg btol2 sdap susah btol....

    ReplyDelete
  2. bulan sendiri je la anak desa, kat atas kan dah ada resipi ;)

    ReplyDelete