Thursday, 30 August 2012

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Salam.....

Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kpd rakan-rakan semua. Di kesempatan ini, saya ingin mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita ada kata dan perbuatan saya yang mengguris hati rakan-rakan...

Bagaimana dengan sambutan aidilfitri rakan-rakan tahun ni? Mesti masing-masing sibuk menyediakan kuih-muih dan juadah di pagi raya untuk family kan? Tahun ni sambutan raya saya sederhana je memandangkan suami pun tak dapat cuti lama. Saya sendiri pun tak ambil cuti panjang memikirkan ada keje yang perlu diselesaikan di ofis. Tapi apepun, sambutan aidilfitri tetap diraikan bersama ahli keluarga yang lain dengan penuh meriah dan kesyukuran...

Bagi sambutan raya tahun ni, since tak nak membazir, saya berpakat dengan mak and adik untuk bahagikan masak juadah raya. Bukan apa, biasanya macam tahun-tahun lepas, bila dah berkumpul, semua orang akan bawa rendang, kuah kacang dan kuah lodeh. Susah jugak nak kene makan dan rasa semuanya, jadi mesti akan ada makanan yang tak terusik dan terbuang. So tahun ni kami adik beradik dan mak pakat masak lauk-pauk berbeza setiap seorang. Juadah yang saya perlu sediakan adalah nasi impit, kuah kacang dan ayam masak merah. Adik-adik yang lain dan mak pula akan sediakan ketupat palas, rendang ayam tua (saya akan sertakan resipi yang diminta khas dari adik dan mak kemudian k), kuah masak lodeh dan kek. Saya sertakan resipi ayam masak merah di sini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semua, selamat mencuba ye :)

Bahan-bahan (5-6 orang)

1 kilo ayam (dikunyit dan digaramkan)
7 batang serai* (dihiris halus)
6 biji bawang kecil*
5 biji bawang putih*
2 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
25 tangkai cili kering (dimesin)
1 Kulit kayu manis
2 Bunga lawang
4 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Suku cawan air asam jawa
Sedikit air
2 biji bawang besar dihiris bulat
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara:
  1. Goreng ayam yang telah dikunyit dan digaramkan separuh masak. Angkat dan toskan minyak.
  2. Kisar serai, bawang, halia dan kunyit kemudian tumis dengan minyak sehingga kekuningan. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang dan kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga naik minyak. Masukkan sos cili dan tomato, air asam jawa serta bahan perasa dan kacau rata. 
  4. Masukkan ayam dan bawang besar yang dihiris. Masak dengan api sederhana sehingga ayam masak sambil ditambah sedikit air sekiranya terlalu kering.

3 comments:

  1. Selamat ari raye gak kak, maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  2. Mmg nora, masa hari raya tu, sampai basi rendang dan ketupat sbb tak termakan, mana taknya, semua adik beradik akak sediakan rendang dan ketupat setiap sorang, alih-alih yang dimakan dek budak-budak tak sampai separuh pun, bila pikir semula, mmg membazir. Tp itulah masakan wajib di pagi raya, tak masak rasa macam tak raya pulak, hehe

    ReplyDelete
  3. zara : tq for d wish

    kak zaharah: sbb pikir basi la tu yg sy & family decide msk lauk berbeza bg setiap family, tp yela, rendang & ketupat tu mmg mknan fevret time raya, cane pn kne msk gak, tp mungkn bole kurgkn kuantiti spy x membazir ;)

    ReplyDelete