Saturday 1 September 2012

Honey with Mustard Chicken

Honey with Mustard Chicken

Salam rakan-rakan .....

Saya nak ucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke-55 kepada semua. Weekend ni saya sibuk mengemaskan dapur yang bersepah sejak sebelum raya. Kali ni saya jalankan operasi besar-besaran mengemas dapur since cuti agak lama, kang dah start keje memang tak sempat nak mengemas dah. Semua barang-barang yang expired semua kene masuk tong sampah, membazir betul saya ni, time beli tak ingat dunia, bile dah banyak sangat, tu yang sampai tak termasak. So azam saya sempena kemerdekaan ni adalah saya tak nak membazir lagi, pasni beli barang yang perlu sahaja.

Since dah penat berkemas, saya just masak makanan yang simple je arini, honey with mustard chicken. Resipi ni sedap dimakan dgn nasi, dijadikan salad ataupun dibuat sandwic, memang tak rugi kalau rakan-rakan mencubanya. Nak sediakannya pun mudah, di sini saya kongsikan resipi dengan rakan-rakan semua....

 Bahan-bahan : (untuk 2-3 orang)

400 gram ayam (dipotong sederhana besar)
2 sudu besar madu
1 sudu besar mustard (Saya guna jenama Dijon)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu kecil jus lemon/limau nipis
Sedikit garam

Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar dan susun ayam di atas dulang pembakar.
  2. Masukkan mustard, madu, garam, lada hitam dan jus lemon di dalam mangkuk dan gaul rata. Sapukan bancuhan mustard tersebut ke atas ayam.
  3. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 15 minit dengan api sederhana. Keluarkan dan terbalikkan ayam dan sapukan bancuhan mustard tadi pada bahagian yag diterbalikkan. 
  4. Bakar semula selama 10-15 minit sehingga garing.

* Tip: Boleh juga digunakan frying pan untuk memasak ayam

3 comments:

  1. Nora tak perap ayam dgn bahan-bahan dulu ke sblm masak? kalau perap mst rasanya lagi sedap kan?

    ReplyDelete
  2. salad yg mcmmane yg sesuai dgn resipi ni???

    ReplyDelete
  3. kak zaharah : kalo diperap mmg lg sdap sbb lbh terasa madu & lemonnya. Ikut la kesesuaian masa kita, if x sempat x perlu perap, msk terus pn dh sedap, tp if byk masa mcm kak zaharah perap semalaman pn x pe :)

    anak desa : sy suke mkn ayam dgn tomato, timun & bwg merah. Timun dihiris bulat, tomato didadu kecil. Bwg merah dihiris bulat tebal & bakar sekali dgn ayam (slpas ayam sparuh msk). Air jus dr ayam tu leh wat sbgai sos salad. Susah2 sgt kang sy buat & msukkn dlm blog k ;)

    ReplyDelete