Sunday, 3 November 2013

Hotel Ixora Butterworth

Kalau pegi butterworth, cherry biasanya akan stay kat hotel ixora ataupun hotel sunway sebab senang nak makan dan shopping ;). Last week kebetulan cherry ada urusan keje kat butterworth 3 hari so cherry stay kat ixora. 

Thursday, 31 October 2013

Ikan Dori Celup Tepung dengan Lada Hitam


Hari ni lepas keje Cherry ada class (cherry sambung master). Kelas habis lebih kurang pukul 9.30 mlm, nak dekat pukul 10.30 baru Cherry sampai umah. Sampai2 rupenye en Tomato tak tido lagi & die ngadu lapa. Since cherry kepenatan, so cherry masakkan ikan dori celup tepung untuk en tomato. 

Menu ni antara menu yg cherry rajin masak kalo tengah kepenatan. Sebabnye, dah tak perlu masak nasi ke bagai...ikan dori tu cicah dengan sos lada hitam, sos cili, sos masam manis ataupun mayonis dah kenyang. Penyediannya pun senang jadi sesuai untuk rakan2 yg bekerja dan tak sempat nak masak makanan yang complicated lepas balik kerja. 

Di sini cherry kongsikan resipinya...

Sunday, 6 October 2013

Sambal sotong



Lama betul cherry tak makan nasi lemak. Maklumle, aritu dah kene tegur ngan dietician sbb berat badan cherry naik, so nak tak nak, tepaksala lupakan hasrat nak makan nasi lemak pepagi (azam hgga disember je sbb disember nnt cherry ada appointment ngn dietician lg, pas appointment kompem cherry pi beli, huhu..)...

Bercerita pasal nasi lemak, cherry suka makan nasi lemak berlaukkan sambal sotong (walaupun hakikatnye cherry allergic seafood, huhu..)...Ni skang ni en tomato plak dah terikut selera cherry. 

Pantang ada beli sotong, banyak kali die akan pesan jgn lupa masakkan die sambal sotong & die x kesah mkn sambal sotong selalu, itu yg cherry kalo beli sotong terpaksa beli beberapa kilo walaupun sebenarnye tok 2 orang je makan sebab en tomato akan jadi dinasour bile jmp sambal sotong, huhu...

Tips untuk masak sambal sotong yg sedap adalah antaranya perlu masakkan sambal bersama sotong sampai air sotong tu betul2 kering. Bila dimasak sotong akan keluarkan air, jadi kene masak sambal bersama sotong dengan api sederhana/kecil sampailah air sotong tu jadi kering & sambal memekat. Di sini cherry kongsikan resepinya untuk tatapan rakan2 di luar sana...

Tuesday, 20 August 2013

Salam Aidil Fitri


Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya maaf zahir & batin......

Di kesempatan ini, Cherry ingin mengucapkan....


Tuesday, 6 August 2013

Sotong goreng kunyit bersama cendawan



Dah hujung2 puasa ni rasa macam malas betul nak masak, tapi nak makan luar lagilah malas sebab sesak, huhu...

Untuk berbuka hari ni Cherry masak sotong kunyit dengan cendawan then kawankan dengan sup sayur. En. Tomato langsung tak sentuh sup sayur, dia makan sotong je... susah betul nak pujuk die makan sayur, itu yang dia mudah sakit agaknye sbb kekurangan vitamin... Cherry pulak allergic seafood, kalau makan seafood mesti naik ruam merah kat badan and tergaru2. Tapi degil gak, masih gak nak beli seafood kalau pi pasaraya, huhuhu... Di sini Cherry kongsikan resipi sotong goreng kunyit bersama cendawan

Saturday, 3 August 2013

Udang Harimau Masak Kari


Salam

Dah masuk minggu akhir kita berpuasa, laju betul masa berlalu. Cherry jarang dapat berbuka dengan en Tomato puasa kali ni sebab kene outstation. En. Tomato pun sama, time bulan puasa ni banyak pulak projek yang jauh2 nak disettlekan.

Selalunya bila Cherry kene pi outstation, Cherry akan masakkan lauk lebih untuk en. Tomato supaya boleh makan untuk beberapa kali, termasuk sahur. Bukan apa, en. Tomato tak berapa gemar makan di luar, nak pi bazar ramadan pun payah, tu yang Cherry akan siapkan awal2 lauk untuk dia.

Esok kebetulan Cherry kene pi Kota Bharu, jadi untuk berbuka tadi Cherry masakkan lauk udang kari untuk en. Tomato berbuka & bersahur time Cherry tak ada. Sedap betul rasa karinya bila dah dicampur dengan udang, terasa manis udang tu menyerap dalam kuah kari. Dan yang paling penting, Cherry tak gunakan santan dalam kari ni untuk pastikan kuah kari tahan lama & untuk kesihatan. Cherry gantikan santan dengan tomato kisar. Since dah guna tomato kisar, asam jawa pun Cherry tak perlu letak lagi. Di sini Cherry kongsikan resipinya...

Wednesday, 31 July 2013

Telur bistik


Dulu time student Cherry rajin pi makan satu kedai ni kat area sec. 8 s.alam. Hampir tiap minggu Cherry pi makan sane, terutama waktu malam sbb teringin nak makan makanan goreng2, nak buat sendiri malas, huhu...

Kalo time order nasi putih, antara lauk yang Cherry rajin order adalah tom yam, sotong goreng tepung atau telur bistik & 1 menu sayur (orang kuat makan lah katakan, hehe). Bila dah kahwin ni, Cherry lah pulak sekarang dah bukak kedai makan, tapi kat umah sendiri je lah kan, tu pun amek order dari suami je, hehe...

Since dah lama tak makan telur bistik, so Cherry pun try la masak telur bistik untuk berbuka semalam. Alhamdulillah, cubaan kali pertama Cherry boleh dimakan oleh en. Tomato, dia siap bertambah nasi lagi,hehe.. Di sini Cherry kongsikan resipinya...

Sunday, 28 July 2013

Ketam Masak lemak Cili Padi



Ketam antara seafood feveret en Tomato.  Since dah lama tak masak, tu yang untuk berbuka arini Cherry masakkan ketam masak lemak cili padi untuk en. Tomato. 

Masak lemak cili padi sedap kalau kuahnya pekat, barulah terasa lemaknya. Tapi oleh kerana minggu ni dah beberapa kali gak Cherry masak makanan bersantan, jadi Cherry kurangkan jumlah santan yang Cherry guna untuk masak ketam lemak ni.

Friday, 26 July 2013

Membeli-belah di Kota Kinabalu


Kebelakangan ni Cherry kerap jugak pi Sabah, tapi sumenye atas urusan keje, nak pi sendiri bebanyak kali manelah mampu kan.. 

Biasanya kalau di KK Cherry akan duduk Hotel Promende sebab harganya agak murah jika nak dibandingkan dengan Le Meridien... Hotel Promenade ni bilik die pun bersih & selesa. Breakfast die pun boleh tahan, banyak pilihan & boleh jalan kaki je kalau nak ke pasar basah dan pasar filipina (dalam 15 minit berjalan kaki). Tapi hotel promenade ni selalu penuh jadi kalau nak stay dekat sini Cherry nasihatkan supaya buat booking awal2... 

Bagi yang tak ada/bwk kereta tak jadi masalah kalau stay kat hotel ni sebab kalau nak makan ada food court di seberang jalan hotel tu dan juga ada mini shopping complex (lupa nama die) kat sebelah hotel. Kat mini shopping complex tu ada kfc & market... Jadi kalau nak makan atau beli barang utk makan insyallah mmg tak ada masalah...

Cherry akan ronda2 pasar Filipina & pasar basah hari yang Cherry nak balik ke KL sbb  tak perlu susah2 nak carik tempat simpan. Kalau di pasar Filipina & pasar basah ni make sure kita tawar dulu harga sebelum beli, kalau penjual tak nak turunkan harga tak pe, kita pergi tawar kat kedai lain plak sbb kebanyakan kedai jual barang yang hampir sama.Bagi yang suka makan lobster, ada pusat maritim KK berdekatan dengan pasar basah yang ada jual lobster (frozen) dgn harga berpatutan.

Bagi yang nak beli mutiara atau aksesori, Cherry nasihatkan lebih elok beli di kedai jamilah jewellery sbb kat sane lbh banyak pilihan & lbh murah berbanding di pasar filipina.. Kedai jamilah jewellery ni tak jauh dari pasar filipina & Cherry biasenye pi sane jalan kaki je dari hotel...

Tuesday, 23 July 2013

Sotong Katak Masak Kari



Kebetulan Cherry pi KK aritu jadi Cherry pun pegi ke pasar basah yang berdekatan area pasar Filipina untuk beli makanan laut. Kalau datang KK Cherry mesti singgah pasar basah ni & juga pusat maritim KK (tak jauh dari pasar basah) yang ada jual udang galah...

Sekotak besar Cherry memborong makanan laut, naik lenguh bahu... Antara yang Cherry borong adalah sotong katak. Sotong katak ni memang banyak dijual kat sabah. Rasa die lain berbanding sotong biasa, lebih kuat & bau pn lebih hanyir sikit. Cherry terpaksa cuci banyak kali then rendam dengan air asam beberapa jam sebelum masak...

Monday, 15 July 2013

Daging Dendeng



Daging Dendeng (4-5 orang)

Bahan-bahan:-
  •  1 kg daging (Cherry guna batang pinang)
  •  12 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai (diketuk) 
  • 4 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 susu besar kicap manis
  • 4 sudu gula melaka
  • Gula pasir & garam
  • sedikit air
  • minyak masak 
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 2 biji bunga lawang 
  • 3 biji bunga cengkih 

Cara Memasak:-
  1. Daging dihiris nipis dan direbus hingga empuk. Angkat daging biarkan sejuk seketika. 
  2. Tumbuk setiap hirisan daging sehingga nipis (cherry guna lesung batu).
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging sehingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Goreng bawang merah kecil yang dihiris sehingga garing (jadi lebih kurang macam bawang goreng). Angkat dan toskan.
  5. Kisar bawang, halia dan lengkuas.Tumis bahan kisar sehingga kekuningan. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih dan tumis hingga naik bau.  
  6. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
  7. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap dan garam secukup rasa.Kacau rata.
  8. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga kering.
  9. Tutup api, tuangkan bawang goreng dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!!

Saturday, 13 July 2013

Ikan Siakap Tiga Rasa



Ikan Siakap Tiga Rasa (2-3 orang)

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana besar) 
  • Sedikit tepung jagung 
  • Garam

Bahan-Bahan Sos:- 
  • 4 - 5 biji cili padi (dihiris)
  • 2 tangkai cili besar (dihiris)
  • Nenas di dalam tin (optional)
  • 3-4 sudu besar cili kisar*
  • 5 ulas bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • 1 sudu besar tomato 
  • 2 sudu besar sos plum 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu  besar sos ikan 
  • 1 sudu besar jus limau nipis*
  • 1 batang serai (diketuk)

Cara memasak:
  1. Ikan dibersihkan dan ditos. Lumurkan rata garam dan diikuti dengan tepung jagung di seluruh bahagian luar dan dalam ikan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah kuali panas, masukkan ikan dan goreng hingga garing (pastikan ikan tenggelam di dalam minyak). Angkat dan toskan. 
  3. Bagi bahan sos, hiris & cincang dadu bahan-bahan sos bertanda *. 
  4. Tumiskan bahan cincang tersebut di dalam kuali bersama serai, cili padi dan cili merah hiris dan juga daun limau purut sehingga kekuningan.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, sos plum, sos ikan & nenas. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
  6. Masukkan gula & garam dan gaul rata. Tutup api & tuangkan sos ke atas ikan siakap yg digoreng tadi. Selamat mencuba!!!

Thursday, 11 July 2013

Ungkep Ayam Istimewa


asa.karangkraf.com/resipi-menu/ayam/ayam-masak-ungkep-1.48054


Cherry ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf andainya sepanjang berblog ni chery ada terkasar bahasa dengan rakan-rakan semua. Cherry juga ingin ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, semoga puasa kita diberkati hendaknya, amin.

Bercerita pasal bulan ramadhan, semalam Cherry berterawih dlm flight, huhuhu.. Oleh kerana sampai umah pun dah lewat mlm, jd Cherry tak larat nak masak ape2 lauk special tok en. tomato bersahur (sahur nasi goreng je kami). Jadi tok berbuka hari ni, Cherry masakkan en. tomato makanan yg spesel sikit tok ganti sahur semalam, iaitu ungkep ayam. Resipi ni cherry belajar dari mak cherry dah lama dah tp tak berkesempatan nak share dgn rakan-rakan. Jadi di sini Cherry kongsikan resipinya ye..

Friday, 14 June 2013

Nasi Ayam



 Salam

Mohon maaf sebab last week cherry tak sempat nak buat apa-apa entry sebab cherry kene gi outstation. Ni pun cherry baru balik dari taiping dan badan rasa tak berasa sedap, mungkin nak demam kot. Inilah akibatnya sbb asek fikirkan keje dan tak jaga kesihatan, huhu...

Monday, 3 June 2013

Pearlview Hotel, Butterwoth Penang


Cherry kene pi outstation lagi minggu ni. Kali ni 3 hari Cherry kene dok kat Butterworth. Cherry booking hotel Pearlview sebab kawan-kawan kasi good review pasal hotel ni.

Cherry drive pi Pearlview kali ni sebab susah outstation lama-lama tak ada kenderaan, kalau ada kereta boleh gak Cherry pi jalan-jalan cari makan :) Sampai-sampai Pearlview Cherry dah terasa cam Cherry dah buat pilihan yang salah sebab mane taknya, ade ke patut bila Cherry nak parking kete kat parking bertingkat hotel tu, guard hotel tak kasi masuk and suruh Cherry check-in dulu. Rupa-rupanya nak masuk parking bertingkat kat hotel Pearlview ni memang kene swipe room access card kita baru boleh masuk. So terpaksala Cherry buat satu pusingan and pegi lobi tok check in then baru boleh parking kereta.

Masuk-masuk bilik hati Cherry lega sikit sebab at least bilik dia agak selesa (Cherry duduk bilik superior king). Cuma yang tak bestnya, bilik dia sedikit berhabuk dan karpet ada bau hapak. Channel TV pun tak banyak pilihan and reception pun tak berapa ok. Tapi yang paling tak best, paip berdekatan dengan mangkuk tandas tak ada. So kalau lepas kita 'melepaskan hajat' dan nak cuci, sama ada lap guna tisu ataupun basuh kat dalam bathtub (gayung disediakan).

Selain dari tu, hotel ni agak ok. Keluasan ok, internet dalam bilik disediakan (cable) dan breakfast dia pun boleh tahan cuma tak banyak pilihan makanan. Hotel ni juga agak jauh dari shopping complex. So kalau nak makan hanya ada kedai mamak dan bakery berhampiran (walking distance). Tapi untuk non-muslim ada banyak choice sbb berdekatan hotel ada beberapa chinese restoran yang juga dalam walking distance. Kalau ada kereta, bolehla pegi Tesco ataupun Megamall time bosan-bosan... Bagi kawan-kawan yang nak stay kat sini, just nak inform yang hotel ni ada wing lain, so time booking make sure inform nak stay kat main wing sbb kalau wing yang lagi satu nak kene jalan sikit... parking hotel di tingkat 5 & 6, tapi Cherry parking di tingkat 6 sbb tingkat 6 ada guard & guard room...

Saturday, 1 June 2013

Sambal Ikan Bilis


En Tomato suka makan nasi dengan sambal ikan bilis, kadang-kadang ulang makan lauk tu setiap hari pun tak pe, kat sini Cherry kongsikan resipi sambal ikan bilis yang biasa Cherry sediakan, makan dgn nasi lemak mmg terangkat habis, huhuhu...

Thursday, 2 May 2013

Penang Airport


Salam kawan-kawan,

Cherry mohon maaf sebab lama tak update blog & juga tak share resipi dgn kawan2.... Cherry busy betul dgn kerja sampaikan dapur jarang berasap sekarang ni, huhu.... rindu betul cherry nak dengar celoteh kawan-kawan especially kak zaharah, mesti kak zaharah dah byk buat resipi hebat2 dlm beberapa bulan ni, bolehla minta resipi kalau ada, hehe...

Cherry tengah dok menunggu flight (yang delay) kat penang airport ni... Penang airport skang dah berwajah baru, kalau tak silap baru je siap renovation dan sebenarnye masih ada lagi beberapa kawasan yang belum siap sepenuhnya. Sekarang airport ni dah makin cantik dan ada wifi area yang lebih selesa. Pihak penang airport sediakan banyak kerusi & meja kat wifi area tu untuk orang guna wifi secara free, tak perlu ada password pun... Kalau tak nak lepak kat wifi lounge (sbb slalunya ramai orang), boleh je lepak kat starbucks ataupun dunkin donuts (kat dalam balai berlepas) sbb starbucks dan dunkin donuts  pun provide free wifi gak....

Cerita pasal penang airport, skang ni dah ada secret recipe kat sana dan secret recipe dia charge harga sama macam secret recipe lain... Dan yang paling best, restoran nasi kandar line clear pun akan dibuka tak lama lagi kat sana, mesti beratur orang nak makan nasi kandar nnt kan? huhu....  tapi rasa dan harga tak pastilah whether akan sama dgn yang kat Chulia Street tu ke tak...Tak pe kang bila dah bukak restoran nasi kandar line clear tu kang Cherry akan pi test & buat review tok kawan2 k ;)