Sunday, 30 September 2012

Rendang Daging Hijau


Bahan-bahan : (hidangan untuk 2-3 orang)
  • 300 gram daging (dihiris)
  • 15-20 tangkai cili api hijau
  • 6-7 batang serai (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kuyit (dihiris halus)
  • 1 mangkuk santan
  • 1 keping asam
  • Garam dan gula
  • Minyak

Cara penyediaan:
  1. Kisar serai, bawang, halia, kunyit dan cili api hijau. Tumis hingga kekuningan. 
  2. Masukkan daging, daun limau purut dan daun kunyit dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan santan dan asam dan kacau hingga kuah memekat.
  4. Masukkan garam perasa dan gaul rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkanbersama nasi putih atau nasi himpit.

Saturday, 29 September 2012

Tofu Inti Ayam dan Udang



Salam......

Untuk minum petang hari ni, cherry sediakan hidangan tofu untuk en. tomato.  En. tomato sebenarnya tak makan tofu (dan bermacam-macam benda lagi), tapi bila cherry letak inti ayam dan udang dalam tofu tu, suka pulak die makan, siap tuang mayonis atas tofu tu sebelum makan....

Thursday, 27 September 2012

Masak Lemak Cili Api Daging Salai



Dah lama betul cherry tak makan masak lemak cili api daging salai. Adik ipar cherry orang nogori, jadi kalau bertandang ke kampung die, mesti orang kampung akan sediakan masak lemak cili api daging ataupun itik salai. Memang sedap betul rasa die, tu yang malam ni datang 'seru' nak masakkan masak cili api daging untuk en. tomato (itik susah nak dapat)... Di sini cherry kongsikan resepinya...

Tuesday, 25 September 2012

Tortilla Ayam Tomato Cherry


Hari ni cherry tak sempat lunch sebab ada kerja nak disiapkan sebelum pukul 2. Sampai je ofis pagi tadi terus on pc and menaip sambil kunyah roti (inilah jadinya bila buat kerja last minute)... nasib baik sempat siap sebelum lunch, kalo tak mesti kene bambu ngan boss . Tapi tu baru satu je keje yang siap, atas meja ni melambak lagi, huwaa.....

Walaupun keje banyak,  tapi hari ni cherry balik keje on time sebab nak masak dinner (keje opis malam ni jela saya sambung semula, hehe..). Since tadi breakfast and lunch tak makan dengan betul and perut kosong, jadi malam ni cherry masak food yang tak berapa spicy and kurang berminyak tapi mengenyangkan, iaitu tortilla.

Tortilla ni sebenarnya makanan orang mexico tapi dah semakin diterima diseluruh dunia especially kat north america dan europe. Di Malaysia pun makanan ni sekarang dah banyak dijadikan menu di restoran-restoran. Even kalau kita nak buat sendiri pun dah mudah sebab sekarang dah banyak kulit tortilla dijual di pasaraya, cuma tinggal buat inti dia je.

Nak buat inti tortilla ni pun sebenarnya tak susah sebab kita boleh masukkan apa-apa sahaja bahan yang kita suka ke dalam balutan tortilla tu (ayam, daging, udang ,telur etc). Intinya pun tak semestinya nak kene ikut citarasa orang mexico ataupun orang barat, kita boleh pelbagaikan rasa intinya mengikut citarasa negara kita. Tapi malam ni cherry sediakan tortilla dengan inti biasa sahaja (ayam), maklumla, hari keje, kang ada masa bolehla eksperimen perisa tortilla ala-ala Malaysia pulak ;)

Sunday, 23 September 2012

Daging Goreng Kunyit


Beberapa minggu lepas saya dan suami keluar makan kat restoran di bangi. Kami order nasi putih, tom yam, daging goreng kunyit dan telur bungkus. Bila makanan sampai, saya pun cuit-cuit la daging goreng kunyit yang disediakan sebab nak test sedap ke tak. Rasa bolehla tahan, tapi mak oi, 5/6 ketul je daging halus die letak dalam piring tu, yang lain semua bawang, tokey kedai ni memang betul-betul nak untung segera, so kedai ni memang di ban lepas ni, huhu...

Akibat peristiwa 'hitam' tersebut (konon je la), saya pun bertekad nak masak daging goreng kunyit sendiri, lebih puas hati sebab boleh taruk bahan ikut selera sendiri. Jadi pagi tadi lepas balik dari beli barang dapur, sibukla saya menghiris dan merebus daging untuk dijadikan hidangan lunch. Di sini saya kongsikan resipi dengan rakan-rakan semua....., selamat mencuba

Saturday, 22 September 2012

Grilled tomato sandwich

Grilled tomato salad

Salam

Pagi tadi saya dan suami pergi bersenam di taman berdekatan rumah. Sebelum ni suami mengadu sakit dada dan sesak nafas, and since kami dapat tahu simptom-simptom tu adalah merupakan antara tanda-tanda awal masalah jantung, kami pun pergi hospital last week buat check-up. Bila buat check-up, doktor maklumkan jantung suami sihat, sakit dada tu cuma akibat kurang bersenam je. Alhamdulillah, saya betul-betul risau sebab dalam beberapa minggu jugakla suami mengadu sakit dada dan sesak nafas.

Lepas balik dari hospital, saya cakap dengan suami yang kita kena rajin exercise dan jaga makan. So sekarang ni saya dan suami sedang melatih diri untuk exercise dengan regular and at the same time jaga makan. Memang susah nak start exercise, saya dan suami asyik postpone je, tapi bila fikirkan nasihat doktor, saya dan suami paksa diri dan cuba dengan senaman yang ringan-ringan. Saya harap rakan-rakan di luar sana pun dapat rajin-rajinkan diri bersenam juga, insyallah diharap kita sama-sama sihat dan ceria :). Di sini saya kongsikan resipi sihat (tapi sedap) untuk rakan-rakan mencubanya.

Thursday, 20 September 2012

Sambal sardin

sambal sardin

Sekarang ni yang saya perasan, macam-macam jenama sardin ada kat pasaran. Adabi pun ada keluarkan sardin dorang sendiri. Boleh tahan gak sardin jenama adabi, pedas dan isi dalam dia banyak, cuma yang tak besnya, ada banyak biji cili dalam kuah sardin dia. Suami memang pantang food yang ada biji cili, kat umah ni saya akan buang semua biji cili kering and cili api sebelum masak.

Cerita pasal sardin, beberapa hari lepas saya masak sambal sardin sebab dah lama tak makan. dulu-dulu sebelum kahwin mak selalu buat kuih pau goreng inti sardin untuk sarapan. Sedap betul bila dimakan panas-panas. Di sini saya sertakan resipi sambal sardin yang sangat mudah untuk disediakan. Tu yang kadang-kadang bejam-bejam baru siap masak, bukan buat ape pun, dok mengeluarkan biji cili satu-satu dari tangkainya...

Tuesday, 18 September 2012

Mee Rebus Tomato Cherry

Mee rebus

Dah 3 hari bercuti, pagi tadi rasa malas betul nak gi keje, tapi mengenangkan ada keje nak disettlekan kat kl, so dengan payahnya memaksa diri bangun, hehe... Sebelum subuh saya dah bangun and besiap, bukan apa, jalan kat kl ni kol 6.45 dah start jem, so nak mengelak jem teruk terpaksala saya gerak awal dari umah. Entah macammanela agaknya kawan-kawan yang setiap ari kene redah jem kat kl, saya yang skali skala ni pun tak tahan. Nasib baik ada MEX highway, dapatla mengelak jem kat sg. besi, tapi pastu kene redah jem kat federal higway plak, ho3, dugaan2....

Sunday, 16 September 2012

Scrambled egg sandwich

Scrambled egg sandwich

Weekend ni saya dan suami pergi kenduri kawen rakan di Ampang. Since breakfast pun lewat tadi, dan masih kekenyangan, jadi saya saya cakap nak suami kita lunch kat kenduri je, tak yah saya penat-penat masak, hehe...

Breakfast tadi saya sediakan scrambled egg sandwich. Menu ni memang sedap dan mengenyangkan, simple pulak tu, kalau nak sediakan time hari kerja pun tak pe. Dan untuk rakan-rakan di luar sana yang ada anak-anak bersekolah, menu ni sesuai untuk anak-anak membawanya sebagai bekal ke sekolah. Selamat mencuba ye!

Saturday, 15 September 2012

Hot and spicy fried chicken with mashed potato and coleslaw

Hot and spicy fried chicken

Salam

Hari ni tetibe mood nak masak ayam goreng dengan mashed potato dan coleslaw datang. Dulu time sebelum kawen saya rajin buat resipi ni dengan adik, tapi lepas kawen, kalau teringin nak makan ayam goreng, saya dan suami pergi kfc je. Jadi kali ni saya cakap dengan suami dia kena rasa ayam kfc saya pulak, hehe

Friday, 14 September 2012

Kuih Keria

Kuih keria

 Salam
 
Since saya cuti hari ni, jadi sempatlah saya sediakan kuih keria untuk minum petang. Macam-macam version kuih keria yang kita biasa jumpa di kedai, ada yang guna ubi kayu putih ada juga yang guna ubi kayu oren. Bagi resipi kali ni, saya guna ubi kayu oren sebab lebih lembut dan manis. Diharap rakan-rakan di luar sana sudi mencubanya ye.

Monday, 10 September 2012

Paprik Ayam

Paprik ayam

Salam

Rakan-rakan dah habis puasa 6?? Saya masih dalam proses menghabiskan saki-baki pose 6 saya. Beberapa hari lepas saya masak paprik untuk dinner. Suami jenis yang tak makan sayur, tapi bila saya masukkan sayur dalam paprik, dia makan pulak. So sekarang ni kalau saya nak paksa dia makan sayur saya akan masak paprik, yela, nak tunggu dia makan waktu lain entah bila pun tak tahu...

Friday, 7 September 2012

Sambal hati dan kentang


Bahan-bahan : (untuk 2-3 orang)

500 gram hati lembu - dipotong dadu kemudian dikunyit dan digaramkan
4 biji kentang - dipotong dadu
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
2 inci halia*
Suku cawan air asam jawa
2 batang serai - dititik
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara :
  1. Goreng hati sehingga garing. Ketepikan.
  2. Goreng kentang sehingga garing, ketepikan.
  3. Kisar bawang dan halia dan kemudian tumiskan bersama serai dan minyak sehingga kekuningan. 
  4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam, gula, hati serta kentang dan kacau rata hingga kering. Siap untuk dihidangkan.
* Tip : Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih


Wednesday, 5 September 2012

Telur bungkus

Telur bungkus

Bahan-bahan : (untuk 2-3 orang)

3 biji telur ayam saiz sederhana
80 gram daging ayam - dipotong dadu
2 batang hot dog - dihiris harus dan dipotong separa bulat
Sedikit sayur campur
2 biji bawang kecil - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
1 susu cili kisar
1 susu sos cili
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos lada hitam (optional)
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara :
  1. Pukul telur bersama sedikit garam sehingga kembang. Ketepikan.
  2. Tumis bawang hiris di dalam kuali bersama minyak sehingga kekuningan kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Masukkan daging ayam, hot dog, sayur campur, sos cili, kicap, sos tiram serta bahan perasa dan masak sehingga ayam empuk. Ketepikan
  3. Panaskan non-stick pan dan ratakan minyak di sekeliling non-stick pan dengan berus. Tuang telur dan pusingkan non-stick pan bagi mendapat bahagian telur bungkus yang sama tebal. Pastikan sentiasa dupising di atas api kecil bagi mengelakkan telur daripada menjadi hangus.
  4. Setelah telur menjadi separuh masak, letakkan campuran ayam yang telah dimasak tadi di bahagian tengah telur dan tutup bahagian tepi telur bagi membentuk segi empat.
  5. Tutup api dan biarkan non-stiick pan sejuk seketika. Telungkupkan pinggan di atas non-stick pan dan terbalikkan non-stcik pan bagi mengalihkan telur. Siap untuk dimakan.

Tuesday, 4 September 2012

Tomyam Campur

tomyam campur

Tomyam adalah antara menu yang biasa disediakan kat rumah sebab ianya mudah dan cepat dimasak. Menu ni memang sesuai disediakan oleh rakan-rakan yang tak sempat nak masak, especially time hari keje. Campak je bahan-bahan dalam periuk, taruk garam sikit and dah siap. Tapi kali ni saya nak kongsi resepi tom yam yang tak berapa cepat nak dimasak tapi sedap especially bila makan panas-panas dengan nasi putih dan telur bungkus (resipi akan disertakan kemudian).

Saturday, 1 September 2012

Honey with Mustard Chicken

Honey with Mustard Chicken

Salam rakan-rakan .....

Saya nak ucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke-55 kepada semua. Weekend ni saya sibuk mengemaskan dapur yang bersepah sejak sebelum raya. Kali ni saya jalankan operasi besar-besaran mengemas dapur since cuti agak lama, kang dah start keje memang tak sempat nak mengemas dah. Semua barang-barang yang expired semua kene masuk tong sampah, membazir betul saya ni, time beli tak ingat dunia, bile dah banyak sangat, tu yang sampai tak termasak. So azam saya sempena kemerdekaan ni adalah saya tak nak membazir lagi, pasni beli barang yang perlu sahaja.

Since dah penat berkemas, saya just masak makanan yang simple je arini, honey with mustard chicken. Resipi ni sedap dimakan dgn nasi, dijadikan salad ataupun dibuat sandwic, memang tak rugi kalau rakan-rakan mencubanya. Nak sediakannya pun mudah, di sini saya kongsikan resipi dengan rakan-rakan semua....