Saturday, 29 September 2012

Tofu Inti Ayam dan Udang



Salam......

Untuk minum petang hari ni, cherry sediakan hidangan tofu untuk en. tomato.  En. tomato sebenarnya tak makan tofu (dan bermacam-macam benda lagi), tapi bila cherry letak inti ayam dan udang dalam tofu tu, suka pulak die makan, siap tuang mayonis atas tofu tu sebelum makan....


Bahan-bahan : (hidangan 2-3 orang)
  • 8 keping tofu bulat
  • 2 keping dada ayam (dicincang halus)
  • 15 ekor udang (dicincang halus)
  • 1 biji telur
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu teh lada hitam kasar (optional)
  • Garam
Cara penyediaan:
  1. Tumbuk/kisar halus bawang putih dan halia. 
  2. Campurkan ayam, udang, bahan tumbuk/kisar (bawang dan halia), kicap, lada hitam, garam dan telur di dalam mangkuk dan gaul rata. Ketepikan.
  3. Potong bahagian atas togu dan keluarkan isi. Terbalikkan bahagian dalam ke luar dan masukkan inti ke dalam tofu tersebut. Ulang proses ini sehingga semua tofu berinti.
  4. Goreng tofu sehingga kekuningan dan angkat. Boleh dihidang bersama mayonis dan sos cili.

2 comments:

  1. Memang boleh jadi menu minum petang yg sedap. Tq ye dik sebab sudi kongsi resepi

    ReplyDelete