Bahan-bahan : (untuk 2-3 orang)
500 gram hati lembu - dipotong dadu kemudian dikunyit dan digaramkan
4 biji kentang - dipotong dadu
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
2 inci halia*
Suku cawan air asam jawa
2 batang serai - dititik
Garam dan gula
Minyak masak
Cara-cara :
- Goreng hati sehingga garing. Ketepikan.
- Goreng kentang sehingga garing, ketepikan.
- Kisar bawang dan halia dan kemudian tumiskan bersama serai dan minyak sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam, gula, hati serta kentang dan kacau rata hingga kering. Siap untuk dihidangkan.
nampak sedap la nora, nnt lily cuba k
ReplyDeletemmg menyelerakan, tq for d resipi ye dik
ReplyDeletetq :)
ReplyDelete