Monday 10 September 2012

Paprik Ayam

Paprik ayam

Salam

Rakan-rakan dah habis puasa 6?? Saya masih dalam proses menghabiskan saki-baki pose 6 saya. Beberapa hari lepas saya masak paprik untuk dinner. Suami jenis yang tak makan sayur, tapi bila saya masukkan sayur dalam paprik, dia makan pulak. So sekarang ni kalau saya nak paksa dia makan sayur saya akan masak paprik, yela, nak tunggu dia makan waktu lain entah bila pun tak tahu...

Bahan-bahan : (2-3 orang)
  • 150 gram isi ayam (dipotong dadu)
  • 60 gram sayur kubis bunga
  • 1 biji carrot
  • 4 biji bawang kecil*
  • 2-3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 biji bawang kuning (dihiris tebal dan separa bulat)
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 2 batang halia (diketuk)
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu kicap pekat (optional)
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato (optional)
  • Minyak untuk memasak
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula

Cara-cara
  1. Kisar bawang bersama halia. Tumis bahan kisar bersama serai hingga garing. 
  2. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak. 
  3. Masukkan daun limau purut dan masak selama beberapa minit sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili sos dan kicap dan kacau rata. Masukkan ayam, carrot dan bunga kubis dan air (masukkan sedikit dahulu agar kuah tidak terlalu cair). 
  5. Masak ayam dan sayur hingga masak. Masukkan bahan perasa. Bolehlah dihidangkanJika tidak mahu menggunakan 

2 comments:

  1. alhamdulh, kak zaharah dh habis pose 6, makin lama makin liat dik, tu yang akak habiskan cepat

    ReplyDelete
  2. betul tu kak, patutnye dr awal sy dh pose, tp sbb outstatn, tu yg asek postpone je, tu yg kelam kabut sy nk mghabiskan pose 6 sy di akhir2 syawal ni, hehe

    ReplyDelete