Friday, 14 September 2012

Kuih Keria

Kuih keria

 Salam
 
Since saya cuti hari ni, jadi sempatlah saya sediakan kuih keria untuk minum petang. Macam-macam version kuih keria yang kita biasa jumpa di kedai, ada yang guna ubi kayu putih ada juga yang guna ubi kayu oren. Bagi resipi kali ni, saya guna ubi kayu oren sebab lebih lembut dan manis. Diharap rakan-rakan di luar sana sudi mencubanya ye.

Bahan-bahan : (2-3 orang)
  • 400 gram ubi kayu oren
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • Garam
  • Air 

Cara-cara:
  1. Kupas ubi kayu dan dipotong dadu sederhana besar. Rebus bersama air dan dicampurkan sedikit garam. Rebus ubi sehingga lembut. Angkat dan sejukkan.
  2. Setelah ubi kayu sejuk, lenyekkan ubi kayu tersebut hingga lumat.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam ubi kayu yang telah dilenyek dan uli hingga rata.
  4. Bahagikan ubi yang telah diuli kepada beberapa bahagian dan dibulatkan menggunakan tapak tangan mengikut saiz yang disukai
  5. Buat bulatan di tengah-tengah ubi kayu yang telah dibulatkan tadi dan leperkan sedikit bagi menjadikannya seperti bentuk donat. Goreng hingga garing. Angkat dan sejukkan.
  6. Bagi membuat salutan gula di bahagian luar kuih, didihkan gula bersama 1/3 cawan air di atas kuali dan masak dengan api kecil. Gula dan air perlulah sentiasa dikacau.
  7. Setelah timbul buih di permukaan, masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dan kacau rata hingga kering dan gula melekat di permukaan kuih. 
  8. Pastikan api sentiasa kecil agar tidak hangus. Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment