Hari ni cherry tak sempat lunch sebab ada kerja nak disiapkan sebelum pukul 2. Sampai je ofis pagi tadi terus on pc and menaip sambil kunyah roti (inilah jadinya bila buat kerja last minute)... nasib baik sempat siap sebelum lunch, kalo tak mesti kene bambu ngan boss . Tapi tu baru satu je keje yang siap, atas meja ni melambak lagi, huwaa.....
Walaupun keje banyak, tapi hari ni cherry balik keje on time sebab nak masak dinner (keje opis malam ni jela saya sambung semula, hehe..). Since tadi breakfast and lunch tak makan dengan betul and perut kosong, jadi malam ni cherry masak food yang tak berapa spicy and kurang berminyak tapi mengenyangkan, iaitu tortilla.
Tortilla ni sebenarnya makanan orang mexico tapi dah semakin diterima diseluruh dunia especially kat north america dan europe. Di Malaysia pun makanan ni sekarang dah banyak dijadikan menu di restoran-restoran. Even kalau kita nak buat sendiri pun dah mudah sebab sekarang dah banyak kulit tortilla dijual di pasaraya, cuma tinggal buat inti dia je.
Nak buat inti tortilla ni pun sebenarnya tak susah sebab kita boleh masukkan apa-apa sahaja bahan yang kita suka ke dalam balutan tortilla tu (ayam, daging, udang ,telur etc). Intinya pun tak semestinya nak kene ikut citarasa orang mexico ataupun orang barat, kita boleh pelbagaikan rasa intinya mengikut citarasa negara kita. Tapi malam ni cherry sediakan tortilla dengan inti biasa sahaja (ayam), maklumla, hari keje, kang ada masa bolehla eksperimen perisa tortilla ala-ala Malaysia pulak ;)
Bahan-bahan: (hidangan 2-3 orang)
- 3-4 keping tortilla
- 2 keping dada ayam (dihiris memanjang)
- 2 batang hot dog (optional)
- 1/2 sudu teh oregano
- 1/2 sudu teh rosemary
- 1/2 sudu teh lada hitam kasar
- 2 biji bawang kecil
- 2 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawang kuning (dihiris)
- 1 biji lada benggala merah/kuning (dihiris)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- daun salad
- 3 sudu mayonis
- 2 sudu sos tomato
- Mozarella/Cheddar cheese
- Garam
- Minyak zaitun
Cara penyediaan:
- Tumbuk/kisar bawang kecil, bawang putih dan halia dan tumis di dalam minyak bersama oregano, rosemary dan lada hitam kasar.
- Setelah bahan tumisan kekuningan, masukkan ayam, hot dog dan garam dan masak hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak di kuali yang lain dan goreng bawang kuning, lada benggala dan tomato sehingga kekuningan. Masukkan garam, kacau rata dan angkat (pinggan berasingan dari ayam).
- Bancuh mayonis bersama sos tomato di dalam magkuk, ketepikan.
- Panaskan non stick pan dan masukkan tortilla. Angkat dan terus disapukan dengan mayonis (yang telah dibancuh dengan sos tadi). Kemudian, susun daun salad, ayam, campuran bawang kuning dan cheese di atas sapuan mayonis tersebut dan digulung.
- Potong tortilla kepada dua bahagian dan bolehlah dihidangkan.
nampak sedap la kak cherry, telan air liur lak lily, hu3
ReplyDeletekalau kulit dia guna tepung gandum boleh ke cherry? ala-ala lebih kurang macam lempeng tapi ada inti...
ReplyDeletewow, healthy & delicious, tq 4 sharing
ReplyDeletekak zaharah : boleh je kak, tp buat nipis2 la spy x pecah bila nak balut dgn inti nnt.....
ReplyDeletelily & aisyah : tq :)