Beberapa minggu lepas saya dan suami keluar makan kat restoran di bangi. Kami order nasi putih, tom yam, daging goreng kunyit dan telur bungkus. Bila makanan sampai, saya pun cuit-cuit la daging goreng kunyit yang disediakan sebab nak test sedap ke tak. Rasa bolehla tahan, tapi mak oi, 5/6 ketul je daging halus die letak dalam piring tu, yang lain semua bawang, tokey kedai ni memang betul-betul nak untung segera, so kedai ni memang di ban lepas ni, huhu...
Akibat peristiwa 'hitam' tersebut (konon je la), saya pun bertekad nak masak daging goreng kunyit sendiri, lebih puas hati sebab boleh taruk bahan ikut selera sendiri. Jadi pagi tadi lepas balik dari beli barang dapur, sibukla saya menghiris dan merebus daging untuk dijadikan hidangan lunch. Di sini saya kongsikan resipi dengan rakan-rakan semua....., selamat mencuba
Bahan-bahan : (untuk hidangan 2-3 orang)
- 400 gram daging
- 5-6 biji cili padi
- 3 biji bawang kecil
- 2 biji bawang putih
- 1 sudu besar kunyit serbuk
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 biji bawang besar kuning - dihiris
- Garam
- Minyak
Cara penyediaan :
- Daging direbus hingga empuk.
- Cili padi dan bawang ditumbuk/dikisar lumat. Tumis bahan tumbuk dan serbuk kunyit dengan minyak hingga kekuningan.
- Masukkan daging dan garam. Gaul rata hingga daging garing. Masukkan cili besar dan bawang kuning dan masak hingga layu. Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Tips : Jika warna kunyit terlalu pudar setelah daging dimasukkan, bolehlah ditambahkan lagi serbuk kunyit ke dalam kuali semasa memasak.
No comments:
Post a Comment